Boleh percaya ke penafian Zeti, kaki kencing tu? – Najib



Baru tadi, Zeti keluarkan kenyataan rasmi yang menafikan keluarga dia pernah menerima dana dari 1MDB.

Tapi apa yang dia tak nyatakan adalah:

1. Pernahkah keluarga dia terima dana dari Jho Low termasuk dana yang berasal dari 1MDB?

2. Adakah akuan-akuan bersumpah yang kami telah sahkan dengan lawyer mereka adalah palsu?
Rujuk SD di sini.


3. Pernahkah keluarga dia diambil tindakan jenayah oleh negara Singapura berhubung dana yang berasal dari 1MDB?

4. Adakah syarikat Cutting Edge Industries Ltd milik keluarga mereka?

Kenyataan rasmi Zeti bukan boleh dipercayai pun.

Sejurus selepas PRU14, bekas Gabenor BNM sejak tahun 2000 pernah mengeluarkan satu kenyataan yang kata dia nafi tahu kewujudan dana atau tahu mengenai apa-apa transaksi dalam akaun saya termasuk dana yang dikatakan RM2.6b itu.

"4 July 2018: Zeti denies knowledge of Najib's RM2.6b transaction". Rujuk di sini.


Mana mungkin seorang Gabenor BNM boleh tidak tahu apabila dana asing berjumlah berbilion-bilion masuk ke dalam akaun bank atas nama Perdana Menteri sedangkan setiap transaksi besar dari luar negara perlu kelulusan BNM.

Tahun lepas, bekas pengurus besar Ambank juga beritahu mahkamah dalam perbicaraan kes SRC bahawa dia sendiri telah jumpa dan serah dokumen-dokumen berhubung transaksi akaun atas nama saya kepada Zeti berkali-kali. Rujuk di sini.

– Najib Razak





Join our Telegram Channel
Telegram