KENYATAAN IBU YATI PADA 3
29 JANUARI 2021, 10:30 PM
IBU YATI BERI TEMPOH SEMINGGU YADIM MINTA MAAF
Tokoh Wartawan Rakyat yang juga pemilik akaun Facebook (FB) yang dikenali
Ibu Yati memberi tempoh tujuh hari kepada YDP Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia (YADIM) Nasruddin Hassan untuk membuat permohonan maaf secara
terbuka di semua media berkaitan
tohmahan dan fitnah
ke atas Ibu Yati kononnya membawa ajaran sesat, menuduh membawa agama baru,
membawa agama Melayu dan juga ajaran sesat Ibu Yati melalui kenyataan
medianya.
Kenyataan rasmi beliau telah disiarkan hampir semua media perdana dan media
sosial pada 29 Jan 2021. Berdasarkan maklumat FB beliau yang juga merupakan
seorang tokoh politik PAS, beliau telah menghasut, memfitnah, menghina dan
menimbulkan kebencian awam serta menjatuhkan reputasi saya dan memberi imej
negatif terhadap saya sebagai Tokoh Wartawan Rakyat yang dilantik oleh DYMM
Agong.
Antara fitnah beliau terhadap saya termasuklah:-
1) Kononnya saya melahirkan agama baru iaitu agama Melayu.
2) Saya melakukan syahadah pelik Ila Ha Ila Ra Ila Ma dan disambungkan
dengan pengakuan Aku Melayu sebanyak 7 kali.
3) Saya menolak ajaran Islam yang dianggap sebagai Islam Arab. Kononnya saya
dan lain-lain membawa Islam Melayu.
4) Dia menggambarkan niat jahatnya terhadap saya dengan merancangkan
tindakan penguatkuasaan terhadap saya. Sedangkan saya tidak dimaklumkan
kesalahan atau ditangkap atau didakwa atas apa-apa kesalahan berkaitan agama
Islam.
5) Beliau juga jelas menghasut seluruh rakyat Malaysia membenci saya dengan
memfitnah saya membawa ajaran Islam Melayu yang dikatakan ajaran yang sesat
lagi menyesatkan.
6) Belau mengaku pernah kenal saya tetapi saya tidak pernah kenal dia.
Saya mendapati kandungan di YouTube IBU NEWS CHANNEL telah dimuat turun,
diubahsuai dan disiarkan kembali di luar konteks termasuk melibatkan rakaman
video lain yang berusia lima tahun lalu.
Saya menafikan semua tohmahan dan fitnah YDP YADIM Nasruddin Hassan bahawa
saya ada mengeluarkan sebarang mana-mana kenyataan saya membawa agama baru,
agama Melayu dan ajaran Ibu Yati yang jelasnya ia tuduhan berniat jahat dan
fitnah yang mahu menjatuhkan reputasi saya sebagai Tokoh Wartawan Rakyat
yang dianugerahkan DYMM Yang Di Pertuan Agong.
Saya mohon siasatan dan tindakan pihak polis ke atas pemilik FB berkenaan
kerana telah menjatuhkan reputasi, maruah saya dan imej saya sebagai Tokoh
Wartawan Rakyat. Laporan polis telah pun saya buat pada 29 Jan 2021 di Balai
Polis Ampang.
Saya juga sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang saman
sivil terhadap YADIM.
YADIM diminta memberi penjelasan dari mana mereka memiliki kuasa
mengisytiharkan mana-mana individu sebagai sesat sekaligus mendahului Majlis
Fatwa Kebangsaan dibawah kuasa Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Agama
Islam Malaysia.
YADIM diminta memohon maaf melalui kenyataan yang disiarkan di media utama
yang boleh dibaca oleh rakyat Malaysia di negara ini atas kesalahan mereka
menuduh saya membawa ajaran sesat tersebut tanpa sebarang siasatan rasmi.
YADIM juga telah melanggar dan mendahului Jabatan Agama Islam Selangor
(JAIS) kerana setiap tindakan berkaitan kesalahan dibawah Enakmen
Undang-undang Syariah Selangor mestilah mendapat kelulusan JAIS terlebih
dahulu.
Untuk makluman sehingga kini tiada mana-mana pihak berkuasa agama Islam
secara rasmi atau tidak, menghubungi saya untuk bertanya, memberi
keterangan, membantu apa-apa siasatan dan/atau mengesahkan apa-apa perkara
berkaitan tohmahan Nasruddin tersebut.
Saya merafak sembah kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Agama
Islam Malaysia dan kepada DYMM Sultan Selangor supaya mengambil tindakan ke
atas mana-mana pertubuhan atau individu yang kononnya berkaitan dengan agama
Islam (seperti YADIM) tetapi memandai-mandai, mempersendakan sistem
pengisytiharan fatwa kebangsaan, serta menghina Ketua Agama Islam.
Saya amat kecewa kerana sebagai Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia seharusnya
mengambil pendekatan dakwah dan berhemah sebagaimana namanya malah mengikut
Quran, Tuhan melarang kita menerima satu berita tanpa menyiasat dan
mengesahkan berita itu terlebih dahulu daripada orang yang dituduh.
Di kesempatan ini saya ingin memaklumkan beberapa laman sosial FB
berlandaskanatau bertopengkan agama seperti Sidang Kalam dan Suhili Nain
turut menyebarkan fitnah saya menerusi rakaman video yang sama.
Sekian.
– Ibu Yati
ARTIKEL BERKAITAN:
Please subscribe
Join our Telegram Channel