Jiran kantoikan Shuk HotFM lari keluar ikut balkoni rumah Fara



Isu pergolakan rumah tangga mengenai pelawak, pelakon dan penyampai radio Shuk Sahar rasanya tak perlu diperjelaskan lagi. Sehingga kini, ia menjadi buah mulut orang ramai di media sosial.

‘Rahsia’ itu telah dibongkarkan oleh Rossalenah, isteri Shuk apabila video Rossa pergi ke rumah wanita yang dikenali sebagai Fara itu tular di media sosial.


Ia menjadi semakin getir apabila 3 hari lepas, Rossa ada kongsikan beberapa posting tentang kecurangan Shuk di Instagram.

Salah satunya adalah individu yang dikatakan tinggal di kejiranan Fara itu mendakwa bahawa Shuk ada keluar dari balkoni rumah Fara kira-kira jam 3 pagi dengan alasan…

Malah ada juga dikongsikan screenshot respon daripada Fara berkenaan dengan insiden Fara pulangkan kasut Shuk.


Dalam posting itu, Rossa memberikan caption seperti ‘sudah terang lagi bersuluh’ berikutan dengan pendedahan jiran.

Sebelum ini, rumahtangga Shuk terpalit dengan kontroversi yang sama namun semuanya sudah diselesaikan sekitar Julai tahun lalu. – LobakMerah



Join our Telegram Channel
Telegram