Tajuddin balun Annuar Musa, asyik-asyik ratip no DAP, no Anwar



Ahli Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata tidak mustahil untuk Umno bekerjasama dengan sesiapa dan tak semestinya dengan Anwar Ibrahim dan DAP.

Tajuddin berkata demikian ketika diminta untuk menjawab spekulasi mengenai kemungkinan kerjasama BN-PH

Beliau juga turut mengkritik Ahli Parlimen Ketereh iaitu Tan Sri Annuar Musa yang didakwanya hari-hari asyik meratib "No DAP, No Anwar".


Annuar Musa yang merupakan penentang kepada usaha untuk meninggalkan Bersatu.

Umno bahagian Ketereh yang dipimpin Annuar Musa menjadi antara dua daripada 191 bahagian Umno yang sedia mempertahankan kerjasama dengan Bersatu.

"Apa sahaja mungkin berlaku dalam politik, kalau UMNO ni sudah hilang kawan. Kawan nak makan kawan, apa yang kamu akan buat? Kena lah cari kawan baru" kata Tajuddin pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

"Untuk mencari kawan baru boleh jadi sesiapa sahaja, saya tidak cakap pun mesti dengan Anwar ataupun DAP. Ia boleh jadi sesiapa sahaja."


"Tunggulah. Yang dia (Annuar Musa) tak sabar pergi tuduh dengan DAP, kata nak bawa kerajaan DAP dan sebagainya, apa yang dia cakap.."kata Tajuddin.

Menurutnya, UMNO akan bangkit semula sebagai sebuah parti politik yang hebat dan perkasa. 

Oleh kerana hampir semua bahagian UMNO seluruh negara telah membuat usul untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu, ia akan dibincangkan dalam mesyuarat majlis tertinggi UMNO. – TunCarlos



Please subscribe


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram