MELAKA - Terdapat luka kecil baharu sebesar tiga sentimeter di bahagian
belakang kepala kanak-kanak yang meninggal dunia dipercayai didera selain
lebam dan kesan kecederaan pada anggota badan mangsa.
Perkara itu didedahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asisten
Komisioner Mohd Sukri Kaman, hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas
mangsa selama kira-kira 11 jam.
Mohd Sukri berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan penuh kerana
doktor masih menunggu maklumat lanjut daripada bahagian makmal untuk
mengesahkan punca kematian.
"Kita dimaklumkan memang terdapat kecederaan terutama di bahagian kepala,
terdapat kecederaan dan lebam pada badan mangsa terutama sekali di bahagian
belakang kepala mangsa, juga kesan luka baharu dan lama diseluruh anggota
termasuk di belakang badan.
"Kita akan menyiasat punca kematian dan akan merakam percakapan tiga beradik
sama ada ia disebabkan mangsa sendiri jatuh atau disebabkan perlakuan oleh
mana-mana individu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan
luar Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka di sini, pada Ahad.
Mengulas lanjut Mohd Sukri berkata, beberapa spesimen seperti jantung dan
hati dihantar ke makmal untuk mengetahui punca kematian namun belum
dipastikan keputusan berkenaan akan diperolehi.
"Maklumat makmal itu meliputi hasil dapatkan dari spesimen yang diambil
termasuk dari bahagian paru-paru, jantung, hati dan bahagian abdomen lain
namun setakat ini,kita yakin kecederaan itu berpunca daripada objek tumpul,"
katanya.
Tambahnya, berdasarkan keadaan mayat mangsa diercayai mangsa baharu sahaja
meninggal dunia kira-kira tiga jam.
"Dakwaan netizen mengatakan dua tiga hari mayat dah kembung tidak benar dan
dia baharu sahaja meninggal dunia.
"Malah masa kita sampai di rumah mangsa, mangsa tidak berada dalam tong air
yang dipercayai lemas di bilik air tingkat bawah, dan kita masih siasat,"
katanya.
Terdahulu, Sinar Harian seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun
meninggal dunia selepas dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya,
petang Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, kanak-kanak malang itu didakwa lemas
di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya. – Sinar
ARTIKEL BERKAITAN:
- Mati didera, ibu, bapa tiri lapor konon anak lemas
- [Video] Kalau tahu saya tak serah kepada ibu kandung dia
- Jiran kerap dengar tangisan kanak-kanak sebelum mati didera
- Ibu kandung arwah adik Amir ada masalah mental, dedah kawan
- Mahu tuntut jasad adik Amir, keluarga angkat terkilan dengan layanan pihak sana
- Ibu kandung arwah Amir bukan pesakit mental – Polis
- Suasana pilu di Hospital Melaka tunggu bedah siasat arwah adik Amir
- Banyak kecederaan baru dan lama, Amir meninggal anggaran 2 jam, bukan 2 hari – Polis
- Amir dikebumikan di Jasin Melaka
- Bapa tiri Amir pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan memukul isteri
Join our Telegram Channel