LONDON – Sebuah syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Hercleon
mendakwa berjaya mencipta seluar dalam menggunakan fabrik bebas kuman yang
tidak perlu dibasuh, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.
Syarikat itu dipercayai sedang giat mempromosikan koleksi seluar dalam Kribi
yang menggunakan material yang biasa ditemui pada produk seperti cadar
dan stoking.
“Kami percaya masa depan pakaian adalah bebas basuhan atau dalam erti kata
lain tidak perlu dibasuh menggunakan air dan sabun
“Kami mahu mengajak manusia ke arah cara hidup lebih bersih, mesra ekologi dan
menjimatkan masa,” kata satu kenyataan di laman web rasmi syarikat itu.
Fabrik antikuman itu digelar HercFiber dan dibuat daripada campuran buluh,
pokok kayu putih, pokok beech dan tembaga.
Menurut pembuat fabrik itu, campuran bahan anti-bakteria membolehkan seluar
dalam Kribi dipakai selama beberapa hari dan hanya perlu dikibas ke udara
untuk membersihkannya.
Join our Telegram Channel