Bekas peguam negara (AG) Tommy Thomas, dalam buku memoir terbarunya,
menyatakan bahawa dia pernah mencadangkan ganjaran diberi kepada pihak yang
menangkap ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho.
Thomas mengatakan dia tidak yakin Jho Low mudah ditangkap kerana menurutnya,
untuk melepaskan diri, ahli perniagaan itu akan merasuah menggunakan sejumlah
besar dana 1MDB yang didakwa dicurinya.
Oleh yang demikian, Thomas mengatakan dia mengusulkan agar diberikan sejumlah
ganjaran kepada penangkapan Jho Low, tetapi kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan
polis ketika itu tidak menyambut baik cadangannya.
"Saya mengesyorkan agar Malaysia menawarkan ganjaran untuk penangkapannya dan
bawa dia untuk diadili.
"Lagipun, begitulah Jesse James ditangkap pada abad ke-19.
"Pihak berkuasa kolonial Inggeris juga menawarkan ganjaran pada pertengahan
1950-an untuk penangkapan Chin Peng, pemimpin Parti Komunis Malaya," katanya
dalam memoirnya bertajuk My Story: Justice in the Wilderness.
Thomas mengatakan undang-undang tidak melarang pembayaran wang kepada pemberi
maklumat atau pemecah rahsia yang memberikan maklumat yang membawa kepada
penangkapan seorang penjenayah yang berdepan tuduhan.
"Saya mengemukakan cadangan saya kepada perdana menteri, menteri kewangan dan
ketua polis negara, tapi sayangnya ia tidak mendapat sambutan yang baik,"
katanya.
Pada 2019, Mohamad Fuzi Harun, yang merupakan ketua polis negara ketika itu
kemudian secara terbuka mengemukakan idea berkenaan, namun ia tidak pernah
dilaksanakan.
Penggantinya Abdul Hamid Bador menyorot bahawa pihak berkuasa asing tidak
bekerjasama dalam usaha memburu Jho Low.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kenapa Tommy tak tulis pasal gugur kes Guan Eng, dakwa musuh politik Dr M? tanya Najib
- Tommy Thomas dedah Dr M, Guan Eng, IGP tak layan cadangan untuk tangkap Jho Low
- Tuduh bunuh Altantuya, Najib tuntut Tommy tarik balik dakwaan, tuntut ganti rugi RM10 juta
- Tommy Thomas disiasat kerana memfitnah
- Tommy langgar sumpah – Ahmad Zahid
- UMNO lapor polis buku Tommy Thomas
Join our Telegram Channel