Seorang pemimpin muda Bersatu, Adam Asmuni didakwa mengikut Seksyen 39 (B)
Akta Dadah Berbahaya 1952 pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Saiful Azly Kamaruddin berkata, Adam, 35, dituduh
dengan satu pertuduhan berkaitan dengan akta itu yang boleh membawa hukuman
mati atau penjara seumur hidup jika didapati bersalah.
"Dia dituduh dengan satu pertuduhan di bawah Seksyen 39B pada 29 Januari di
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur," katanya kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun, Saiful tidak memberi perincian tuduhan itu.
Tindakan mahkamah itu setelah polis didakwa menangkapnya dengan bahan
terlarang pada 20 Januari, dan siasatan lanjut membawa polis ke rumah di
Ampang dan polis didakwa merampas 1.5kg daun ganja kering, sembilan tanaman
ganja, dan sejumlah besar cecair dipercayai mengandungi narkotik.
Isterinya Lyiana Roslee, 34, dan seorang warga asing juga ditangkap di premis
tersebut. Lyiana didakwa dengan tuduhan mengedar dan menghasilkan dadah di
Mahkamah Majistret Ampang semalam, sementara individu lain belum didakwa.
Semasa pilihan raya umum 2018, Adam adalah calon Bersatu untuk kerusi parlimen
di Perak. Dia juga pernah menggalas jawatan timbalan pengerusi Biro Kebajikan
Pemuda Bersatu (Armada).
Hasil pemeriksaan di ecourtservices.kehakiman.gov.my menunjukkan bahawa Adam
dihadapkan ke hadapan Majistret (Bidang Kuasa Jenayah) Wong Chai Sia di
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur jam 12 tengah hari pada 29 Januari.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Pemimpin Armada ditahan tanam, miliki ganja jumlah besar
- Armada kecam Fahmi Reza edit logo parti letak daun ganja #ARMADADAH
- Edar, tanam ganja, Isteri pemimpin Armada didakwa, berdepan hukuman mati
- GANJA: Pemimpin Armada didakwa di mahkamah, berdepan hukuman mati
- Isteri bekas Ketua Pemuda Bersatu rayu AG gugur kes dadah
Join our Telegram Channel