Bekas menteri besar Negeri Sembilan Mohd Isa Abdul Samad hari ini dijatuhkan
hukuman penjara selama enam tahun dan denda RM15.45 juta selepas didapati
bersalah dalam sembilan pertuduhan rasuah.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu di Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur hari ini.
Kata Mohd Nazlan pihak pembelaan Mohd Isa gagal menimbulkan keraguan
munasabah ke atas kes yang dibawa pihak pendakwaan.
Isa sebelum ini dihadapkan dengan sembilan pertuduhan menerima rasuah untuk
dirinya sendiri. Dia didakwa menerima wang bernilai RM3.09 juta daripada
anggota Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd, melalui Muhammad
Zahid Md Arip.
Habuan berkenaan diberi kepada Mohd Isa sebagai imbuhan atas bantuannya
meluluskan Hotel Merdeka Palace & Suites berharga RM160 juta.
Hotel yang terletak di Kuching, Sarawak itu dibeli oleh Felda Investment
Corporation Sdn Bhd (FICSB). – Mkini
Join our Telegram Channel