MALAYSIA: Isu mengeluarkan duit dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) bukanlah satu isu baru kerana ia sering diperdebatkan di media sosial.
Terbaru tular beberapa hari lepas kisah mengenai sebuah keluarga yang mana
suaminya tidak sempat untuk merasa wang KWSP apabila ajal memanggil terlebih
dahulu.
Kisah ini diceritakan oleh
Ariahni Eny
pada 28 Januari yang lalu. Menurutnya sebelum
suaminya
mnngal dunia dia sibuk menyuruh Ariahni untuk memohon KWSP dia (suaminya).
Nak buat repair rumah dan bayar hutang. Sanggup suaminya telefon kawan-kawan
dia ambikkan gambar dan slip gaji dia. Nak cuba untuk mohon kali ke-2. sebab
kali pertama dalam proseses jadi mereka mahu mohon untuk kali ke-2.
Hantar dokumen, tepat jam 12 malam. Arrwwh suami suruh dia buat tapi tak boleh
sebab sistem ketika itu tergendala. Pada jam 1 lebih arrwwh kejut suruh buat
sekali lagi. Tapi ketika itu masih lagi tergendala.
Katanya susah betul untuk dapatkan duit sendiri. Bermacam-macam syarat. Pada
pukul 6 lebih kata Ariahni dia terbangun tengok suami dah terbaring. Sebab
selama ini, arrwh suaminya memang tidak pernah tidur baring.
Dia akan tidur duduk, Allahuakbar, perasaan terus jadi tak sedap ambik henfon
dan bukan “touchlight” Tengok sudah tidak bergerak. Buka lampu, kejut arrwwh
memang dah tak bangun katanya. Arrwh dan mennggalkan aku dan 4 orang anak kami
untuk selamanya.
Patutlah malam itu dia suruh aku bersungguh-sungguh untuk mohon KWSP dia. Al
fatihah (dibaca) semoga arrwh suami aku Mohd Afizinorisham Bin Md Fauzi tenang
di sana. AMinn. Tulis Ariahni Eny.
KENAPA RAKYAT MASIH MaARaAH DALAM ISU PENGELUARAN WANG AKAUN 1 KWSP?
1. Hakikatnya apa yang rakyat faham ialah wang yang dicarum melalui potongan
gaji dan disimpan di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah tetap
milik penyimpan ataupun pencarum tersebut sendiri.
2. Kerajaan melalui KWSP hanyalah bertindak selaku pemegang amanah, di mana
sepatutnya jika pemiliknya ingin mengeluarkan wang tersebut atas sebab yang
mustahak dan tidak dapat dielakkan kerana kehidupan terjejas akibat pandemik
Covid-19, kerajaan tidak ada alasan menghalang dan wajar menyegerakan
pengeluaran tersebut.
3. Sekiranya wujud isu KWSP atau kerajaan tidak mempunyai aliran tunai yang
cukup untuk diberikan, ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk
berdolak-dalik dengan pelbagai syarat – di mana jika benar masalah aliran
tunai tersebut berlaku, kerajaan perlu selesaikan dengan penuh saksama tanpa
melibatkan rakyat.
4. Rakyat melihat keadaan ini semakin susah dan rumit sedangkan ia boleh
diselesaikan dengan mudah, malah tidak akan menambah bebanan kerja kakitangan
KWSP untuk mengesahkan “bukti rakyat terjejas” serta urusan semakan dan
pemprosesan dokumen akan menjadi lebih mudah.
5. Rakyat juga meluat apabila melihat kerajaan tidak mampu memberi cadangan
yang lebih baik berbanding pengeluaran RM10,000 secara ‘one off‘ yang diminta
rakyat, kerana itu asyik memberi pelbagai alasan termasuk perbandingan yang
tidak masuk akal dan tersilap kiraan.
6. Apatah lagi cadangan ini bukanlah permohonan geran atau bantuan lain
seperti BR1M, BSH ataupun BPR yang memerlukan semakan kelayakan pemohon –
malah cadangan ini jauh lebih baik kerana semua pencarum layak secara
automatik kerana simpanan tersebut adalah wang mereka sendiri.
7. Ini yang rakyat tidak faham kenapa kerajaan tidak boleh memahami perkara
yang semudah ini sebaliknya rakyat terpinga-pinga melihat kerajaan asyik
‘menyusahkan’ rakyat dengan ‘syarat tersembunyi’ – antaranya di awal
pengumuman rakyat dibenarkan keluar sehingga RM10,000 tetapi rupa-rupanya
perlu menunjukkan bukti.
8. Kemudiannya ditambah syarat lain iaitu hanya akan diberi separuh iaitu
bayaran pertama (jika diluluskan) adalah sebanyak RM5,000 dan bakinya akan
dibayar dalam tempoh enam bulan, kemudian terdedah pula pembayaran paling
cepat akan diterima adalah pada penghujung bulan Februari tahun hadapan.
9. Sedangkan ketika inilah rakyat sangat memerlukan, terutamanya di penghujung
tahun di mana rakyat akan berdepan masalah untuk pembayaran yuran pengajian,
sekolah dan taska, termasuk melangsaikan hutang, menyediakan keperluan
anak-anak serta keluarga.
10. Cukup-cukuplah kerajaan ‘meremehkan’ kesusahan rakyat ketika ini apatah
lagi memerlukan bukti kononnya “hanya untuk yang terjejas” – kerana adakah
rakyat perlu menunjukkan sebarang bukti jika ingin mengeluarkan wangnya
sendiri?
11. Terpulanglah kepada rakyat sendiri untuk mendefinisikan maksud ‘pendapatan
terjejas’ masing-masing dan menimbangkan sama ada perlu mengeluarkan RM10,000
tersebut ataupun tidak
12. Jangan hadkan atau wujudkan sebarang tempoh pengeluaran sebaliknya hanya
hadkan kepada jumlah yang dibenarkan keluar iaitu sebanyak RM10,000 sahaja,
malah tidak perlupun sehingga RM60,000 seperti yang dicadangkan kerajaan.
13. Kerajaan boleh menjadi ‘hero’ jika bertindak sebagai pemudah cara di mana
“siapa hendak keluar, boleh keluar, siapa tidak mahu, tidak perlu keluar” –
janganlah pula menjadi punca masalah sehingga merumitkan keadaan
14. Namun jika kerajaan tetap mahu ‘berpolitik’ sehingga sanggup menyukarkan
pengeluaran KWSP ini kerana khuatir ia akan memberi ‘mileage‘ kepada ahli
politik lain, maka adakah kerajaan sedar rakyat juga boleh membalas dengan
cara yang sama?
15. Bagaimana jika rakyat pula meletakkan syarat agar tidak mahu mengundi
sebarang parti dalam kerajaan Perikatan Nasional jika tuntutan pengeluaran
wang sendiri sebanyak RM10,000 secara ‘one off‘ ini tidak dimudahkan? – bukan
rakyat sebaliknya kerajaanlah yang akan rugi atas ‘kesalahan’ meremehkan
kesusahan rakyat.
Join our Telegram Channel