SHAH ALAM - Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
menyekat akses laman sesawang Sugarbook kurang memberikan kesan secara
menyeluruh.
Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang dari Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa,
Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, Sugarbook
kini boleh diakses ke laman rasmi baharu bernama Sucrebook.
Menurutnya, tindakan tersebut tidak mencukupi sehingga pemilik Sugarbook
dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan jenayah.
“Saya lebih berminat untuk melihat Sugarbook dan operatornya disiasat serta
didakwa di bawah Seksyen 372 dan Seksyen 305 (b) Kanun Keseksaan seperti yang
dilakukan oleh PDRM sekarang.
“Ini kerana laman sesawang Sugarbook telah melanggar peruntukan Seksyen 233
Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook
beliau pada Isnin.
Pada Rabu lalu, media melaporkan bahawa Malaysia telah dikategorikan pada
kedudukan ketiga tertinggi Asia bagi jumlah 'sugar daddy' melalui
aplikasi 'Sugarbook', sebuah aplikasi tidak bermoral yang menyediakan platform
bagi mencari wanita-wanita untuk dijadikan perempuan simpanan atau lebih
dikenali sebagai 'sugar baby'.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel