Kakitangan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang tular di media sosial kerana
mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pengguna jalan raya lain tampil
memohon maaf atas tindakannya.
“Jika saya salah, saya minta maaf. Saya maafkan semua.
Spread the positivity. I’m done. Assalamualaikum,” tulisnya menerusi
Instagram miliknya.
Berdasarkan video kejadian yang dikongsi seorang pemandu, wanita tersebut
dilihat membuat pusingan-U sebelum dibunyikan hon oleh pemandu
berkenaan.
Wanita berkenaan kemudian memandu ke sebelah kereta pemandu itu, dan
seterusnya mengeluarkan kata-kata kesat.
Pemandu berkenaan yang menggunakan nama akaun Twitter Fadzli Amin, berkata
wanita tersebut menunjukkan stetoskop ketika insiden itu berlaku, yang
membuatkannya menyangka dia seorang doktor perubatan.
Bagaimanapun, wanita itu dilaporkan merupakan pensyarah UPM.
Pengarah Strategi dan Perhubungan Korporat UPM dalam kenyataannya semalam
mengesahkan wanita tersebut merupakan kakitangan universiti mereka.
“UPM memandang serius berkenaan hal ini dan ia adalah reaksi spontan peribadi
beliau, dan tatakelakuan beliau sama sekali tidak mencerminkan sahsiah serta
etika yang sepatutnya diterapkan oleh warga UPM.
“Sehubungan itu, perkara ini berada dalam siasatan pihak UPM untuk tindakan
selanjutnya,” katanya.
Terbaru, Fadzli dalam kemas kini di akaun Twitternya memaklumkan bahawa dia
akan ke ibu pejabat polis daerah Sepang petang ini untuk memberi keterangan.
Wow dah la uturn macam tu..pukimak kan orang 👍🏻 pic.twitter.com/aqZ8cXLxQi
— Fadzli Amin (@Fadzmin_) February 2, 2021
Update: Dia buat report polis bagitahu aku memandu dengan bahaya dan mengeluarkan kata2 kesat.
— Fadzli Amin (@Fadzmin_) February 4, 2021
Petang ni aku akan ke IPD sepang untuk bagi keterangan
Join our Telegram Channel