KUALA LUMPUR, 5 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini
membuat laporan polis berhubung kandungan buku
‘My Story: Justice In The Wilderness’ yang ditulis bekas Peguam Negara,
Tommy Thomas.
Laporan berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini
petang tadi.
Menurut Ahmad, antara sebab laporan berkenaan dibuat adalah kerana buku
tersebut dilihat terutama dalam bab 6 dan bab 7 membuat tuduhan-tuduhan yang
tidak benar dan memesongkan fakta sejarah.
Katanya apabila penulis menyebut Allahyarham Tun Abdul Razak selaku Perdana
Menteri Malaysia yang kedua terlibat menyebabkan rusuhan kaum peristiwa
berdarah 13 Mei 1969 dan dalam kedua-dua bab itu juga menyatakan bahawa
seolah-olah Tun Abdul Razak mengadakan kudeta kononnya kerana Allahyarham
mengetahui beliau berpenyakit leukimia maka seolah-olah beliau cuba merampas
kuasa daripada Tunku Abdul Rahman.
“Jadi perkara-perkara begini adalah tidak benar dari segi fakta sejarah dan
kita tahu bahawa kertas putih telah dibentangkan mengenai peristiwa berkenaan
dan ada juga kenyataan seolah-olah kaum Melayu yang mencetuskan peristiwa 13
Mei.
“Jadi perkara-perkara ini pada pandangan peguam-peguam UMNO ianya melanggar
peruntukan di bawah Seksyen 3 dan 4 Akta Hasutan 1948 iaitu percubaan untuk
mendatangkan kebencian atau penghinaan terhadap pentadbiran keadilan di
Malaysia, mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara masyarakat.
Kami berpandangan ini adalah satu kesalahan seiring dengan Seksyen 500 Kanun
Keseksaan,” katanya.
Kedua katanya lagi dalam keseluruhan buku berkenaan ada komen-komen yang
menyentuh mengenai prosedur, pendakwaan, kertas-kertas siasatan yang dianggap
maklumat-maklumat itu dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 dan tidak
seharusnya didedahkan kepada masyarakat umum.
“Pandangan kami penulisan itu adalah tidak sesuai dan ianya melanggar Akta
Rahsia Rasmi 1972,” ujarnya.
Ketiganya tambah Ahmad, pandangan Tommy Thomas kepada Timbalan-timbalan
Pendakwaraya dan juga keseluruhan Jabatan Peguam Negara yang mana dikira
mengundang persepsi negatif atas tugas-tugas mereka sebagai pegawai kerajaan
dan penjawat awam yang berdedikasi.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kenapa Tommy tak tulis pasal gugur kes Guan Eng, dakwa musuh politik Dr M? tanya Najib
- Tommy Thomas dedah Dr M, Guan Eng, IGP tak layan cadangan untuk tangkap Jho Low
- Tuduh bunuh Altantuya, Najib tuntut Tommy tarik balik dakwaan, tuntut ganti rugi RM10 juta
- Tommy Thomas disiasat kerana memfitnah
- Tommy langgar sumpah – Ahmad Zahid
- UMNO lapor polis buku Tommy Thomas
Join our Telegram Channel