MELAKA: Salah seorang daripada dua ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang
dikenal pasti sering membocorkan segala maklumat setiap kali mensyuarat parti
diadakan, didakwa menerima habuan RM20,000 setiap bulan.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber mendedahkan, individu tersebut
menerimanya sejak dua tahun lalu sebagai ganjaran menyalurkan sebarang
maklumat berkaitan apa sahaja keputusan MT dan yang berlaku di peringkat
bahagian.
Dakwanya, mereka juga dikatakan telah merekrut beberapa lagi ahli parti di
peringkat bahagian seluruh negara untuk bersekongkol.
"Difahamkan mereka yang bersekongkol dengan individu ini dikatakan menerima
habuan RM10,000 setiap bulan. Gerak kerja mereka ini telah berjalan sejak
Barisan Nasional (BN) tewas di dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),"
dakwanya.
Lebih mengejutkan, dakwa sumber itu, habuan yang diterima oleh mereka yang
cuba mengkhianati UMNO, datang daripada seorang tokoh politik berpengaruh di
negara ini.
Pendedahan itu adalah tentetan daripada ucapan sewaktu pertemuan Presiden
UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dengan ketua-ketua bahagian,
pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO peringkat Perhubungan Negeri Melaka
di Villa D'Acqua Homestay, Masjid Tanah dekat sini Isnin lalu.
Yang hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab. Rauf
Yusoh dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.
Terdahulu Ahmad Zahid berkata, UMNO mengenal pasti dua ahlinya yang sering
membocorkan segala maklumat setiap kali mesyuarat MT kepada pihak tidak
bertanggungjawab.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu jelas berang dengan sikap dua Ahi MT
berkenaan kerana sanggup menyalurkan semua maklumat dan butiran setiap kali
mesyuarat.
Join our Telegram Channel