Tidak semua pemandu mengamalkan sikap berhemah sama ada di jalan raya mahupun
di tempat awam.
Lebih parah, terdapat segelintir pemandu yang sanggup melakukan perbuatan yang
tidak senonoh bersama pasangan di dalam kereta biarpun lokasi letak keretanya
berada di kawasan awam.
Semalam, kecoh di media sosial apabila tular satu video oleh pengguna Twitter
@MirzaAmirin yang sempat merakamkan aksi kekecohan serbuan pihak polis dalam
cubaan untuk menahan sepasang kekasih yang didakwa sedang berjimak di dalam
kereta.
Difahamkan, kekecohan tersebut berlaku di tempat letak kereta berhadapan
McDonald’s Bandar Baru Bangi, Selangor.
Ketika dihubungi The Vocket, Mirza pada ketika itu difahamkan sedang berurusan
jual beli telefon bersama pelanggannya dan secara tiba-tiba berlaku kekecohan
melibatkan anggota polis dengan orang awam di tempat kejadian.
“Saya ini orang berniaga online di Instagram jual telefon pula. Jadi untuk
kepercayaan urusan jual beli, customer suruh saya datang untuk hantar telefon
di lokasi yang dijanjikan.
“Setiap hari pastinya ada pihak polis yang melakukan rondaan dan memeriksa
setiap kereta yang parking dekat sini. Tapi tak sangka pula berlaku kekecohan
dekat tempat saya cari rezeki,” ujar Mirza ketika dihubungi The Vocket.
Difahamkan, semasa pihak polis melakukan rondaan di kawasan berkenaan, ada
sebuah kenderaan Perodua Alza berwarna biru dipercayai terparkir dalam keadaan
yang mencurigakan.
Tambah mencurigakan apabila tinted yang dilekatkan pada cermin kereta tersebut
juga terlalu gelap sehingga tidak nampak apa-apa di dalamnya.
Apabila diperiksa secara dekat, pihak polis mendapati bahawa ada sepasang
kekasih dipercayai dalam lingkungan usia remaja sedang berjimak dalam kereta
tersebut. Selepas disahkan kantoi, pihak polis cuba menahan pasangan tersebut
sambil dibantu oleh orang awam termasuk para rider McDonalds berkenaan.
Namun berlaku kekecohan apabila pemandu Alza tersebut bertekad untuk
menghidupkan enjin keretanya kerana ingin meloloskan diri daripada tertangkap
oleh pihak polis.
Menambah kerisauan apabila seorang anggota polis yang cuba menghalang pasangan
tersebut tersangkut di bahagian bonet hadapan kereta itu.
Walau bagaimanapun, anggota polis tersebut dilaporkan selamat turun dari
kereta selepas pemandu Alza berkenaan berhenti di satu persimpangan.
nak pergi hotel tak mampu, romen kat parking mcd kantoi pulak huhuhu kesian polis tu 2 marhalah kena bawak. pic.twitter.com/gZYiWHlOGm
— mirza (@MirzaAmirin) March 9, 2021
Join our Telegram Channel