KOTA KINABALU: Seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) selepas disyaki meminta rasuah berbentuk perkhidmatan seks
daripada seorang wanita.
Lelaki berusia 51 tahun yang bertugas sebagai ketua di sebuah jabatan kerajaan
negeri itu ditahan 3.30 petang kelmarin, di sebuah hotel di Keningau.
“Perkhidmatan seks itu adalah sebagai suapan untuk suspek memberikan sokongan
kepada wanita berkenaan bagi mendapatkan pinjaman pertanian,” kata sumber
SPRM.
Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.
Katanya, suspek ditahan selama 24 jam untuk diambil keterangan sebelum
dilepaskan dengan jaminan SPRM berjumlah RM10,000 dengan seorang penjamin.
“Kes disiasat bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Join our Telegram Channel