KOTA BARU: Jika sebelum ini mereka digelar 'katak', namun kini kumpulan wakil
rakyat yang bertindak melompat parti dirujuk sebagai 'monyet' oleh oleh
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Katanya monyet berkenaan sudah tidak sabar untuk melompat ke pokok lain
setelah mereka dapati pokok yang diduduki sebelum ini kehabisan buah.
Merujuk kepada mereka yang meninggalkan PAS bagi menyertai Parti Amanah Negara
(Amanah), beliau menyifatkan kumpulan itu seperti "monyet yang tidak sabar
tidak setia kepada perjuangan."
"Ini monyet tidak tahu makna istiqamah. Sebaik sahaja mereka sudah tidak
memiliki buah, mereka segera melompat ke pokok lain yang mempunyai
buah-buahan.
Artikel diterbitkan Ahad, 18 Oktober 2015 11:00 PM
Join our Telegram Channel