DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan saman fitnah terhadap portal berita
propembangkang Malaysiakini sebanyak RM220 juta.
Tuntutan itu dibuat berdasarkan 22 artikel fitnah setebal 283 muka surat
terhadap Presiden UMNO itu.
Writ saman telah dikemukakan di Mahkamah Tinggi pada 24 Mac lalu.
Difahamkan saman itu ada kaitan dengan liputan portal berita berkenaan
sepanjang perbicaraan kes mahkamah membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri
itu.
Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan termasuk rasuah, salah guna kuasa dan
penggubahan wang haram.
Sebanyak 99 saksi telah memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan
selepas ini hakim akan memutuskan sama tuduhan berkenaan mempunyai prima facie
atau tidak.
Tertuduh perlu membela diri jika terdapat prima facie, manakala jika
sebaliknya kes berkenaan akan digugurkan.
SPRM mula menyiasat pemimpin UMNO itu selepas Barisan Nasional (BN) kalah pada
pilihan raya umum pada 2018.
Saksi terakhir perbicaraan itu seorang pegawai kanan SPRM mengakui tidak
pernah melihat pemimpin politik dituduh sebanyak itu.
Join our Telegram Channel