PUTRAJAYA: Seorang pegawai kanan di sebuah agensi kerajaan ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terlibat
dalam sindiket kartel projek yang ditumpaskan semalam.
Lelaki berusia 38 tahun yang bekerja sebagai juruukur bahan gred 48
dipercayai terlibat dalam kerja-kerja penyediaan
Bill of Quantity (BQ) bagi projek-projek yang ditawarkan agensi
dibuat lewat malam semalam dirumahnya di Ampang.
Menurut sumber, beliau dipercayai telah menerima rasuah bagi membocorkan
maklumat berhubung spesifikasi projek-projek kepada ketua sindiket untuk
memudahkan penyediaan dokumen-dokumen tender.
Kata beliau, hasil risikan mendapati beliau menerima rasuah sebanyak
RM300,000 bagi maklumat yang disalurkan kepada ketua sindiket.
“Setakat ini sebanyak empat kali pembayaran iaitu anggaran RM1.2 juta telah
dibayar kepada beliau.
“Siasatan masih berjalan dan dipercayai lebih ramai akan ditahan berhubung
kes ini,” kata sumber itu.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan
tangkapan ini dan enggan mengulas lanjut. – Utusan
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel