PETALING JAYA – Polis mengesahkan kesemua pelakon dalam iklan raya yang
mempromosikan judi secara dalam talian sehingga mencetuskan kemarahan orang
ramai sudah diberkas polis, semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah
berkata, pelakon-pelakon dalam video berkenaan ditahan di sekitar ibu negara.
“Kesemua pelakon dalam video promosi judi secara dalam talian itu sudah
ditangkap oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang
Wangi.
“Mereka kini ditahan di lokap Dang Wangi dan akan direman hari ini untuk
siasatan lanjut,” ujarnya kepada Kosmo! hari ini.
Jelasnya, Majistret Kuala Lumpur dijangka akan datang ke IPD Dang Wangi hari
ini untuk meluluskan reman ke atas mereka bagi membolehkan polis meneruskan
siasatan.
Terdahulu, satu iklan Hari Raya berdurasi 2 minit 1 saat tular di laman sosial
hingga mengundang kecaman dan kemarahan netizen beragama Islam apabila
mengeluarkan video mempromosikan aktiviti perjudian dengan bertemakan sambutan
Hari Raya Aidilfitri.
Tambah mengejutkan, turut kelihatan dalam video itu adalah pelakon atau model
dipercayai beragama Islam yang lengkap mengenakan pakaian tradisional baju
kurung dan baju Melayu.
Berikutan itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah
Sani berkata, satu laporan polis berkaitan video tersebut telah dibuat.
Katanya, isi kandungan video itu didapati secara jelas melanggar undang-undang
dan boleh mendatangkan kegusaran awam.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Polis siasat penerbit, pelakon video iklan raya judi
- Kami profesional, takkan nak hentikan shooting, kata pelakon video judi raya
- Kesemua pelakon video judi raya berjaya diberkas
- Permohonan reman 5 pelakon, produser video iklan raya judi ditolak
- Islam dihina lagi, satu lagi video iklan raya judi tular
- Hanya perlukan RM180 untuk hina Islam, pelakon judi raya akui dibayar murah
- Pembayar upah pelakon video judi raya ditahan
Please subscribe
Join our Telegram Channel