RAKAMAN PERBUALAN ZAHID-ANWAR IBRAHIM
Apabila viral rakaman perbualan antara Zahid dan Anwar Ibrahim, itu angkara
siapa? Kalau ia tulen, apakah Malaysia negara selamat apabila perbualan
peribadi dirakam dan diviral?
Tulen atau tidak sudah tentu rakaman itu bermotif politik apabila ia
diviralkan. Darurat sepatutnya untuk kurangkan politiking tetapi rupanya
semakin bermaharajalela.
Butiran perbualan itu adalah cukup jelas dan berkualiti tinggi. Ia mesti
menggunakan peralatan canggih yang orang biasa tidak akan mampu memilikinya.
Apakah ini konspirasi “at the highest level”. Ini bukan kerja calang
calang?
Kita masih ingat apabila Latheefa Koya dedah perbualan antara Najib
dengan Putera Mahkota UAE. Tidakkah kita mahu belajar dari kesilapan.
Hingga ke hari ini sejak 2018, UAE tidak lagi datang melabur di Malaysia. UAE
melabur hampir RM130 Bilion ke Indonesia. PM tentu ada penjelasan kenapa balik
tangan kosong dari lawatan ke UAE baru baru ini?
Sekali lagi Kerajaan PN terselamat kerana Parlimen tidak bersidang untuk beri
peluang kepada MP pembangkang bangkitkan isu ini.
Sekurang kurangnya ahli parlimen boleh desak supaya ditubuhkan RCI dan SKMM
menyiasat perkara serius ini untuk mencari kebenaran.
Ternyata skandal merakam perbualan peribadi terutama yang libatkan lawan
politik adalah “hari hitam” kepada demokrasi di Malaysia.
Presiden Nixon letak jawatan kerana skandal Watergate 1972. Ia berlaku apabila
Pejabat parti Demokrat diceroboh untuk curi maklumat dan alat perakam telefon
dipasang.
Viral kononnya rakaman perbualan Zahid-Anwar berlaku sehari selepas DS Najib
menerima notis muflis daripada LHDN.
Politiking keji tidak akan berakhir. Wujudnya kluster lompat dan merakam
perbualan telefon adalah natijah kerana kerajaan hari ini tidak ada majoriti
jelas.
ARTIKEL BERKAITAN:
Please subscribe
Join our Telegram Channel