PETALING JAYA – Seorang lelaki ‘gila seks’ sanggup mencuri 58 helai pakaian
wanita pelbagai jenama milik jirannya sendiri semata-mata bagi memuaskan nafsu
syahwatnya.
Kesemua pakaian tersebut telah disembunyikan di dalam bilik tidur di
kediamannya di sebuah kondominium di Bandar Sunway, di sini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Fakhrudin Abdul Hamid
berkata, perkara itu terbongkar selepas polis menerima laporan daripada
seorang wanita tempatan berumur 35 tahun pada pukul 1.50 tengah hari, Selasa
lalu.
“Mangsa memaklumkan telah ternampak suspek berlegar-legar dalam ruangan lif
tingkat rumahnya di kondominium yang sama sekitar pukul 10.30 pagi, hari yang
sama.
“Mangsa mengesyaki lelaki tersebut adalah individu yang terlibat dengan
kehilangan pakaian miliknya sebelum ini lalu melaporkan perkara itu kepada
suaminya dan pihak pengurusan kondominium,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, suspek mengaku di hadapan suami pengadu dan pihak pengurusan
kondominium bahawa dia telah mencuri pakaian mangsa dan menunjukkan tempat dia
menyimpan pakaian tersebut di dalam kediamannya.
Katanya, bertindak atas aduan mangsa, sepasukan polis dari Balai Polis Sungai
Way telah memberkas suspek yang berumur 23 tahun pada pukul 12.15 tengah hari
di lokasi sama.
“Polis turut merampas sejumlah 58 pakaian dalam wanita pelbagai jenama serta
sebatang kayu yang telah diubah suai dipercayai digunakan untuk mengait
pakaian dalam itu.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel