Walaupun terdesak ekoran pengecilan sektor ekonomi negara akibat wabak
pandemik, ianya bukanlah ‘lampu hijau’ buat orang ramai untuk melakukan
aktiviti penjenayah bagi meneruskan kelangsungan hidup.
Terbaharu tular sebuah rakaman CCTV menunjukkan tiga lelaki telah membuat
rompakan di sebuah klinik gigi terletak di Taman Melati Utama, Setapak pada
pukul 6.40 petang semalam.
Ketiga-tiga perompak tersebut menaiki sebuah Proton Saga sebelum
memberhentikan kereta berhampiran dengan pintu masuk klinik tersebut.
Kemudian, salah seorang daripada mereka menuju ke pintu masuk serta
berpura-pura bertanya sesuatu kepada staf klinik tersebut bagi ‘membuka
laluan’ kepada perompak yang lain.
Setelah kesemua perompak berjaya masuk ke dalam, barulah ‘ketua perompak’ yang
memakai topi hitam mengarah staf klinik tersebut masuk ke kaunter untuk
menyerahkan barang-barang berharga kepada mereka.
Antara barangan yang telah dirompak ialah telefon pintar, wang tunai, gelang,
jam tangan milik staf klinik dan komputer riba.
Rakaman video tersebut sudah mula tular dan mengundang kemarahan netizen
dengan tindakan lelaki-lelaki tersebut yang tergamak untuk merompak sebuah
klinik gigi.
Situasi paling mendebarkan apabila staf klinik tersebut ‘terkantoi’ dengan
perompak berkopiah semasa cuba menekan butang kecemasan yang terletak dibawah
meja kaunter.
Sejurus selepas perompak tersebut ternampak tindakan staf klinik tersebut,
dengan segera beliau memanggil ‘boss perompak’ untuk meninggalkan tempat
kejadian.
Nasib baik perompak berkopiah tersebut tidak mencederakan staf klinik itu
dengan menggunakan parang yang dibawanya.
Semasa ketiga-ketiga perompak cuba keluar dari klinik, staf itu menekan butang
kecemasan sekali lagi untuk mengaktifkan penggera kecemasan.
Sejurus penggera kecemasan berfungsi, kelihatan kesemua perompak bertempiaran
lari memasuki kereta meninggalkan tempat kejadian.
Setakat artikel ini ditulis, masih tiada perkembangan lanjut mengenai insiden
rompakan yang terjadi.
Please subscribe
Join our Telegram Channel