Penyanyi Indonesia, Yuni Shara mempunyai caranya yang tersendiri dalam
mengajar anaknya berkenaan pendidikan seks.
Dalam satu wawancara, Yuni mendedahkan dia menemani anak-anaknya menonton
video pornografi sebagai satu bentuk pendidikan seks.
Yuni yang juga kakak kepada penyanyi Krisdayanti mendedahkan, dia tidak mahu
menjadi ibu yang kolot dan mahu berfikiran terbuka tentang isu ini.
“Anak-anakku kebetulan anak-anak yang terbuka.
“Nggak mungkinlah ya anak-anak kita nggak nonton film porno, mau yang jenis
anime atau jenis apapun segala macem, akan ada” ujar Yuni Shara.
Yuni turut mendedahkan kebiasannya dia akan bertanyakan soalan kepada anaknya,
Cavin Obrient Salomo Siahaan dan Cello Obient Siahaan adakah mereka suka akan
video yang sedang ditonton.
Namun, anak-anaknya kadang-kala berasa tidak selesa dengan soalan yang diaju.
“Jadi mendingan dari pada gini-gini mending kita jadi temen aja, ‘gimana
nonton kayak gini, asik ya?’, ‘bunda jangan gini-gini’, ‘aduh biasa aja bro’,
aku gitu,” ungkap Yuni Shara.
Tambah Yuni, pendidikan seks amat penting buat anaknya yang sedang meningkat
dewasa.
Dia turut meluahkan rasa risau kerana tidak dapat mengawasi atau menjaga
anak-anakya pada setiap masa.
Join our Telegram Channel