TERKINI: Mat Sabu lemah masuk wad, mungkin covid



KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital.

Perkara itu dimaklumkan menerusi Twitter Antonio Samad hari ini dengan bersertakan sekeping gambar menunjukkan Mohamad di atas katil dan seorang lelaki berdiri di sisinya.


Bagaimanapun tidak diketahui sebab Ahli Parlimen Kota Raja itu dimasukkan ke wad.

“Semoga abg @MSabu_Official dikurniakan kesembuhan, dipermudahkan urusan. Insya Allah,” ciapnya di laman sosial itu.

Berdasarkan pemerhatian, sebelah kanan tangan Mohamad dilihat terdapat gelang warna putih yang kebiasaannya dipakaikan kepada individu yang dikesan ada kaitan dengan Covid-19.


Manakala sebelah kiri tangannya pula terlihat drip untuk memasukkan air dan ubat yang selalu dipasang kepada pesakit yang menerima rawatan dihospital.

Kelihatan daripada raut wajah menunjukkan Mohamad penat berkemungkinan akibat sakit yang dialaminya. – MG

 

Join our Telegram Channel
Telegram