Menurut usahawan kosmetik Safiey Illias, dia dibebaskan kerana kes itu
hanyalah kes biasa, bukan kes jenayah.
Dia ditahan susulan dari laporan polis terhadapnya yang mendakwa telah
melakukan amang seksual terhadap dua remaja bawah umur. Pengalamannya selama
5 hari tidur di lokap diceritakannya kepada umum.
"Saya ditahan bersama Fifi (@pipinatasha), kami tak nampak tahanan ang lain,
hanya dengar suara saja. Rasanya tak sampai 10 orang.
"Seksa tau lima hari dalam lokap. Tidur atas lantai simen je, tak ada
selimut atau bantal. Berbantalkan lengan saja.
"Makan macam gelandangan sikit, tapi okeylah tak ada masalah pun. Kami
diberi makan tiga kali sehari iaitu pukul 8 pagi, 2 petang dan 6 petang.
"Mujur ada juga pegawai polis yang baik hati berkongsi makan ayam penyet dan
sardin yang isteri bekalkan. Sebagai balasan saya tolong cuci pinggan.
"Sepanjang lima hari itu juga kami tak mandi sebab nanti nak kena basuh
sambut. Cuma, muka itu cucilah pagi-pagi macam biasa. Kita tetap kena pose,"
cerita usahawan komestik dan penyanyi, Safiey Illias.
Safiey mengakui sudah dibebaskan selepas ditahan reman selama lima hari.
Perkongsian Safiey menerusi sesi siaran langsung pada Rabu, dia memaklumkan
mendapat layanan yang baik sepanjang berada di lokap.
Tambah Safiey, dia ditahan di kediamannya di Pahang sebelum dibawa ke balai
polis Bangi untuk siasatan.
"Saya dibawa menaiki kenderaan polis dari Pahang ke Bangi, saya faham dan
tiada masalah pun saya menberikan kerjasama.
"Keluar dari rumah, saya hanya membawa barang dengan beg plastik sahaja dan
tak pakai bra pun. Sebab nanti selepas keluar dari lokap pun saya kena buang
bra sebab bawa malang.
"Mujurlah saya juga bukan orang senang tumbuh bulu, jadi saya tak keluar
dengan bermisai dan tiada masalah sepanjang tahanan.
"Perkara yang saya risaukan adalah layanan polis, saya takut hak asasi saya
dicabuli. Selagi mereka (polis) berlembut, saya tiada masalah.
"Kalau ada, saya sudah laporkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Pengguna
Malaysia (Suhakam). Kita bukan pondan-pondan tak cerdik," katanya.
Safiey memberitahu sebelum ini beliau pernah tiga kali ditahan di lokap
namun tempoh itu hanya sehari, berbanding kali ini hingga reman dilanjutkan
menjadi lima hari.
Kata Safiey, dia tetap memberikan kerjasama kepada pegawai penyiasat untuk
melanjutkan tempoh tahanan reman kerana enggan kedaulatan undang-undang
negara di perlekehkan masyarakat.
"Kali ini saya bagi muka. Saya tak nak timbul spekulasi negatif masyarakat
dan kasihankan pihak polis berdepan tohmahan negatif masyarakat.
"Berhubung apa tindakan selanjutnya selepas saya dibebaskan itu terserah
kepada pendakwaan sama ada saya akan didakwa atau tidak.
"Mereka melepaskan kami sebab tiada keputusan dan mereka tak boleh dakwa di
mahkamah. Jadi mereka tak boleh reman lagi sebab sudah maksimum.
"Oleh itu, reman saya ditolak dan saya tak perlu keluarkan duit untuk
keluar. Sepatutnya reman saya cuma tiga hari, tapi dua hari selanjutnya saya
beri muka.
"Jadi, saya sudah memberikan kerjasama selama lima hari, jika harapnya tiada
lagi isu berbangkit," ujarnya.
Kata Safiey, dia sudah bersedia selepas tular video rakaman siaran langsung
bersama dua lagi kanak-kanak bawah umur minggu lalu.
Ditanya tentang keadaannya bergari dan tidak berselipar, kata Safiey dia
hanya memenuhi impian netizen untuk melihatnya dalam keadaan sedemikian.
Lima hari berada di dalam tahanan memberikan sedikit sebanyak kesedaran
kepada Safiey dan temannya, Fifi.
"Kes saya bukan kes jenayah. Ini cuma kes biasa. Apabila tak melibatkan
jenayah saya tak perlu ditangkap, tapi apabila mendapat panggilan itu saya
berikan kerjasama penuh.
"Apabila kes saya viral, ramai nak tengok ratu pakai baju purple, jadi saya
nak sedapkan hati masyarakat saya turutkan.
"Kenapa kena gari? Kenalah 'in' nant tak nampak macam kena tahan. Kalau saya
lari juga, nanti orang persoalkan polis tak buat kerja.
"Lima hari yang berbaloi, saya patuh pada siasatan... Itu dah merit. Bukan
sombong tapi kebanggaan supaya orang nampak kita bagi kerjasama kepada
polis.
"Apapun, ia bukan bayangan drama, kami okey dalam tu. Aku pun dah biasa
tidur di lantai jadi tak pelik..
"Sekurang-kurangnya boleh mengimbas semula zaman kanak-kanak dahulu dan
kehidupan orang yang susah," jelasnya.
Safiey dan Fifi ditahan pada 10 Jun lalu bagi membantu siasatan berhubung
kes membuat komunikasi lucah dan amang seksual dengan kanak-kanak di bawah
umur menerusi Instagram Live.
Laporan polis turut dibuat oleh pensyarah universiti tempatan berdasarkan
tiga kesalahan berkaitan akta dan peraturan di Malaysia. – MyArtis.com
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel