CYBERJAYA: Menteri Kanan Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata
beliau akan mempastikan keupayaan infrustruktur kesihatan dan meningkatkan
kadar vaksinasi disetiap peringkat dalam mempastikan pandemik Covid-19
berakhir dengan segera.
Dalam perbincangan tersebut, fokus juga akan diberikan berkaitan memperluaskan
bantuan kebajikan, menambahbaik formulasi SOP serta memastikan koordinasi dan
tindakan bersepadu di setiap peringkat termasuk daripada sudut logistik, ujar
Hishammuddin
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dan berbincang secara
menyeluruh berkaitan situasi pandemik Covid-19 bersama Timbalan Perdana
Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Turut bertemu Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob –
kami bincang secara menyeluruh tentang banyak perkara terutama berkaitan
situasi pandemik #COVID19.
“Fokus utama adalah untuk menambahbaik keupayaan infrastruktur kesihatan,
meningkatkan kadar vaksinasi, memperluaskan bantuan kebajikan, menambahbaik
formulasi SOP serta memastikan koordinasi dan tindakan bersepadu di setiap
peringkat termasuk daripada sudut logistik.” kata Hishammuddin di Facebooknya
sebentar tadi.
Disamping itu kata Hishammuddin lagi, bagi memastikan perancangan-perancangan
ini dapat segera dilaksanakan, perbincangannya bersama Ismail Sabri ini akan
di bawa ke Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) petang ini untuk
diteliti bersama oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam pada itu, beliau senada dengan Ismail Sabri bahawa lantikan mereka ke
jawatan baharu adalah tanggungjawab yang sangat besar.
Join our Telegram Channel