McGregor tumbang, buku lali patah, dibedah selama 3 jam



KECEDERAAN yang dialami jaguh seni bela diri campuran, Conor McGregor memaksa dia menjalani pembedahan selama tiga jam.

Menerusi pertarungan Lightweight UFC 264 di Arena-T Mobile, Las Vegas baru-baru ini, McGregor mengalami kecederaan apabila buku lali kirinya patah pada penghujung pusingan pertama.


Dalam perlawanan itu, McGregor yang berasal dari Ireland dipertemukan dengan Dustin Poirier.

Akibat kecederaan itu, McGregor terpaksa diusung keluar dair arena itu sebelum dibawa untuk menjalani rawatan.

Pada Isnin pagi, McGregor memberitahu peminat di laman sosial bahawa dia akan kembali tidak lama lagi.


Malah, dia turut meninggalkan ucapan terima kasih kepada peminat menerusi video di Twitter.

Untuk rekod, ia merupakan kemenangan kedua Poirier selepas dia menewaskan McGregor di Abu Dhabi pada Januari lalu. – Daily Star.
 


Please subscribe













Join our Telegram Channel
Telegram