Petang semalam, “Spanish Fly” jadi trending di Twitter sehingga
sekarang ekoran dengan ketelanjuran kata daripada Menteri Kesihatan, Dr Adham
Baba dalam satu taklimat di sebuah universiti tempatan.
Dalam satu klip video yang berdurasi 39 saat itu, difahamkan Dr Adham Baba
cuba menerangkan satu pandemik yang sebelum ini pernah melanda dunia kira-kira
satu abad yang lalu iaitu Spanish Flu.
Dalam dunia 2.8 juta orang meninggal dunia kerana Covid-19.
Spanish ‘fly’ (flu) 1919/1916 lebih kurang sejuta, ia berlaku selama 2
tahun, Spanish ‘fly’ ini, Spanish wabak lah”
Selain daripada tersilap memberikan istilah penerangan, difahamkan beliau
turut dikritik kerana terdapat beberapa info dan fakta yang salah di berikan
dalam kenyataan ini.
Antaranya adalah jumlah kematian di seluruh dunia yang menurutnya dicatatkan
sebanyak 2.8 juta akibat Covid-19.
Lapor The Washington Post, sepanjang 8 Julai 2021, Pertubuhan Kesihatan Dunia
(WHO) melaporkan bahawa angka kematian akibat Covid-19 ini telah mencecah
sebanyak 4 juta.
Malah, BFM News turut melaporkan bahawa, Spanish Flu (Selsema Sepanyol)
yang berlaku sekitar tahun 1918 hingga 1920 ini telah menjangkiti kira-kira
500 juta orang dan meragut sekurang-kurangnya 50 juta nyawa di seluruh dunia.
Sepanjang tempoh artikel ini ditulis ‘Spanish Fly’ trending nombor
satu dalam kalangan Twitterjaya di Malaysia dan kini sedang hangat menjadi
topik dibahaskan oleh warganet.
Untuk rekod, Malaysiakini melaporkan bahawa Dr Adham Baba sebelum ini pernah
menjadi tumpuan warganet berikutan dengan kenyataannya memberikan ‘petua’
meminum air suam cegah diri daripada virus Covid-19 pada Mac tahun lepas.
Spanish Fly adalah merupakan 'ubat kuat' seks berbentuk cecair bagi golongan
wanita yang boleh meransangkan nafsu yang agak popular digunakan seluruh
dunia. – Lobak Merah / cinca.news
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel