Najib nafi sokong Mahiaddin, PN, surat itu fake



Bekas perdana menteri Dato' Seri Najib telah berkongsikan satu perkongsian yang dibuat oleh TV3 yang mana sekaligus menafikan kenyataan bahawa beliau telah kembali memberikan sokongannya kepada Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional.

Hantaran asal yang dibuat oleh Barisan Nasional itu ditandatangani oleh Setiausaha Eksekutif BN, Mohamad Sahfri bin Ab Aziz bertarikhkan 29 Februari semalam.

"Ibu Pejabat Barisan Nasional menafikan mengenai kewujudan surat yang menggunakan logo dan alamat pejabat parti seperti yang tersiar dan viral ketika ini.

"Sebarang kenyataan rasmi parti hanya dikeluarkan melalui Pejabat Pengerusi ataupun Setiausaha Agong Parti dan hanya dikeluarkan melalui saluran rasmi parti."


Sebelum ini 40 Ahli Parlimen (MP) Barisan Nasional termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Memetik kenyataan didakwa dari Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam pertemuannya dengan 40 Ahli Parlimen BN hari ini, beliau berkata, mereka turut menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

“Saya telah mempengerusikan satu perjumpaan bersama seramai 40 orang Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional. Hasil daripada perjumpaan ini adalah seperti berikut:

“(i) Menjunjung kasih akan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah; dan


“(ii) Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional sebulat suara menyokong Kerajaan pimpinan YAB Tan Sri Mahiaddin bin Md. Yasin; dan

“(iii) Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional juga akur dengan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan keutamaan kepada kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta negara,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri juga menegaskan kerajaan PN masih mendapat sokongan melebihi 110 Ahli Parlimen

Terdahulu, PAS menerusi kenyataan Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut menyatakan pendirian sama mengekalkan sokongan kepada Perdana Menteri dan kerajaan PN. – cinca.news









Join our Telegram Channel
Telegram