Gal Gadot dikecam netizen kerana ketiak hitam



PETALING JAYA: Selebriti wanita, Gal Gadot, 36, telah menerima komen yang berbaur ejekkan dan hinaan di media sosial baru ini.

Pelakon berbangsa Israel ini popular menerusi lakonan filem “Wonder Women dan Fast Furious”.



Dia telah menerima komen tersebut ekoran gambarnya bersama pelakon lelaki Dwane Johnson telah dimuat naik oleh seorang individu bernama Li Co Co di laman Facebook.

Menerusi hantaran gambar tersebut, telah menampakkan bahagian bawah ketiak pelakon wanita tersebut, ia kelihatan hitam dan berpeluh.

Ekoran itu, telah mengundang pelbagai komen netizen, malah tidak kurang ada yang didakwa telah melakukan “body shaming” terhadapnya.

“Kenapa dengan ketiak dia?




“Dia perlu untuk membasuh bawah ketiak




“Ketiak kotor,” antara komen netizen.


Selain itu, terdapat juga netizen yang memberikan cadangan agar pelakon ini melakukan pembedahan plastik, bagi memutihkan serta hilangkan kedutan pada bahagian berkenaan.

“Dia perlukan lakukan pembedahan plastik untuk kedutan pada ketiak,” komen netizen lagi.




Difahamkan, gambar tersebut telah diambil ketika Gal Gadot melakukan penggambaran filem “Fast and Furious” bersama Dwayne Johnson.

Sedikit maklumat, pelakon ini telah memulakan kerjayanya ketika berusia18 tahun, dia telah memenangi pertandingan Miss Israel 2004 dan pergi ke Ecuador untuk bertanding dalam pertandingan Miss Universe. Kemudian kerjayanya telah berkembang dan popularitinya telah meningkat menerusi filem Wonder Women. – waaw.my

 

Join our Telegram Channel
Telegram