PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, sekali lagi menjadi
sasaran kritikan di media sosial berikutan kenyataan kontroversi, “kontena
jenazah mencukupi, siapa nak masuk, bagi nama”.
Komen beliau itu bukan sahaja memberi “peluru” kepada pembangkang mengkritik
ulasan tidak sensitif di tengah-tengah penularan wabak Covid-19 yang melanda
negara, malah dibidas warganet.
Hari ini sahaja, seramai 160 rakyat maut akibat Covid, menjadikan angka
keseluruhan mangsa meninggal dunia kesan wabak itu 10,179.
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata Sanusi menteri
mempunyai masalah bercakap tanpa adab.
“Kalau dah gagal jaga rakyat, jangan jadi kurang ajar pula,” katanya dalam
Twitter.
Sementara itu, peguam dan aktivis, Syahredzan Johan, menyelar sikap Sanusi
membuat lawak tidak kena pada tempatnya.
“160 orang mati hari ini, beliau boleh buat ‘lawak’ macam ini,” katanya yang
juga Setiausaha Politik kepada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Dalam pada itu, komen Sanusi itu mengundang kecaman rakyat menerusi akaun
daripada Edd, yang menyatakan “masukkan nama dia (Muhammad Sanusi).
Shamala V.M berkata, “Kepemimpinan tanpa empati)”, manakala pemilik akaun
AttyIsmail pula berpandangan, “punye tak tahu & tak peduli perasaan
orang?…apa punya bala la.”
Nazmi/Roronoa pula berpandangan, “semoga rakyat Kedah tak bangang la pi undi
dia lagi psni (selepas ini)”.
Manakala Jojo, berkata “kena batang hidung keluarga sendiri masuk nama, baru
ada akai (akal)”.
Join our Telegram Channel