Seorang pemimpin Umno harini memuat naik satu hantaran di laman sosialnya di
facebook mengenai status terkini Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.
Dalam status tersebut, Rafi Awang Kechik yang juga antara blogger terkenal
Umno menulis : –
"MAKLUMAT diterima, Mahiadin sebentar tadi letak jawatan. Bagaimana dgn
kabinetnya?"
Dalam pada itu, bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa
kerajaan Perikatan Nasional (PN) secara automatik terbubar apabila mengumumkan
pembatalan Ordinan Darurat tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, perkara itu sekali gus kerajaan hari ini
tidak boleh mentadbir negara khususnya apabila mereka gagal mencapai
persefahaman antara institusi diraja dan Kabinet.
Katanya, pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat itu tidak mendapat perkenan
Yang di-Pertuan Agong dan menunjukkan ia dilakukan tidak mengikut proses
perundangan negara.
“Ikut pindaan kita buat sebelum ini, kalau Seri Paduka (Yang di-Pertuan Agong)
tolak maka dewan (Dewan Rakyat) mesti bincangkan sebab penolakan. Kalau tiada
perubahan (berhubung sebab penolakan), dewan boleh hantar balik kepada Seri
Paduka. Kalau tak lulus selama dua bulan, barulah ia jadi undang-undang.
Join our Telegram Channel