Sah, tiga pegawai kanan SPRM ditahan curi wang tunai RM25 juta



PETALING JAYA : Tiga pegawai kanan Surujanhaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes terhadap seorang bekas ketua jabatan.

SPRM dalam satu kenyataan menegaskan bahawa suruhanjaya ini tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawainya yang terlibat dalam sebarang perbuatan jenayah serta akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya perbuatan itu benar berlaku.


“Ketiga-tiga pegawai terbabit telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya dan ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama enam hari bermula 14 hingga 19 September ini.

“Siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan SPRM berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini kerana ia akan menjejaskan siasatan,” katanya.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tidak menerima sebarang laporan diterima berhubung pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) direman kerana didakwa terlibat dalam mencuri barang kes membabitkan wang tunai berjumlah lebih RM 25 juta (AS$6juta).


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dalam kenyataan tengah malam tadi berkata, pihaknya sedia maklum dengan isu tular membabitkan pegawai kanan SPRM itu.

PDRM bagaimanapun ingin mengesahkan bahawa sehingga hari ini, tiada sebarang laporan polis diterima oleh pihaknya berhubung kejadian itu. – Utusan



Join our Telegram Channel
Telegram