Curi tabung masjid hanya pakai spender



Tindakan dua lelaki yang hanya memakai seluar dalam mencuri kotak sedekah yang terletak di masjid Kabupaten Solok, Sumatera Barat telah berjaya di rakam kamera CCTV.

Apa yang unik adalah kedua-dua pelaku ini hanya memakai seluar dalam dan wajah mereka ditutup dengan topeng yang dipercayai dibuat dari beg plastik.

Mereka kelihatan bekerjasama untuk mengangkat kotak sedekah tersebut. Kejadian ini telah disahkan oleh Wali Nagari Batang Barus, Syamsul Azwar, seperti yang dilaporkan oleh Tribun News.

“Masjid ini berada di depan Pejabat Bupati. Identiti pelaku tidak diketahui,” kata Syamsul Azwar.


“Katanya, tindakan kedua pelaku itu dirakam dengan jelas oleh kamera CCTV di Masjid Ikhlas Ar-Rahman. “Ya, pelakunya hanya memakai seluar dalam. Malam tadi ia berlaku,” katanya.

Dia menjelaskan bahawa untuk peringkat awal pihaknya telah melaporkan kejadian ini kepada pihak berkuasa tempatan.

“Kotak sedekah ini ada di dalam dan di luar. Bagaimanapun, [kotak sedekah] yang di dalam kacanya pecah,” katanya.

Sementara itu, kotak amal di luar masjid dibawa lari oleh dua pelaku terbabit.

“Jumlah kerugian belum diketahui. Ada maklumat bahawa ia juga berlaku di masjid-masjid lain di sekitar lokasi,” katanya.


Dia menjelaskan bahawa pelaku  terbabit masih belum diketahui identiti mereka. Dia berharap polis dapat membuat tindakan susulan.

Ketua Polis Gunung Talang, AKP Seventri, ketika dihubungi media tempatan mengakui bahawa dia belum menerima laporan rasmi mengenai kejadian itu.

“Saya sudah memeriksa dengan anggota, belum ada laporan,” kata AKP Seventri.

Namun, dia mengesahkan bahawa maklumat mengenai kejadian itu berada di bawah bidang kuasa Polis Gunung Talang. – Vocket



Please subscribe


Join our Telegram Channel
Telegram