Netizen tegur Janna Nick suka nau belanja nasi lemak



Nama pelakon Janna Nick sebelum ini pernah hangat diperkatakan selepas terpalit kontroversi. Terikini, bekas pengacara program Melodi' itu sekali lagi menjadi bualan.

Perkongsian foto terbaru Janna di laman Instagram, mengejutkan ramai pihak yang mendakwa melihat pakaiannya yang mempunyai belah di bahagian dada. Malah, ada yang tertanya-tanya apabila melihat warnanya seakan warna kulit.


Meninjau ke bahagian komen, rata-rata netizen menegur pelakon tersebut agar menutup belahan baju di bahagian dadanya.

Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan adakah ianya sengaja atau tidak sengaja.


Dalam pada itu, ada netizen mempersoalkan adakah Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, tidak perasan sebelum memuat naik foto tersebut di media sosial miliknya.

Meskipun ramai yang mengkritik foto tersebut, namun ada segelintir menasihati Janna supaya lebih berhati-hati sebelum memuat naik gambar. – Myartis / Cinca.com

 







Join our Telegram Channel
Telegram