Selepas Anwar, tertitis gambar Idris Haron bersaya Ayatollah Mat Sabu



Deris sudah hilang pertimbangan. Dengan Anwar pun ok. Dengan Syiah Ayatollah Mat Sabu pun ok, dengan Ayatollah Adly pun ok.

Sudah tidak ada pemimpin Ahli Sunnah Wal Jamaah lagikah untuk diajak bergabung sampai kena melutut kepada Syiah?

Semata-mata kerana kuasa. Bertaubat la Deris..


Tahniah Idris, kata Mat Sabu

MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron mengakui beliau bertemu dengan Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang ke negeri ini, malam tadi. 

Idris ketika dihubungi memberitahu, bagaimanapun pertemuan yang turut disertai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari itu hanyalah sekadar pertemuan biasa bagi mengucapkan tahniah. 

Jelas Idris, ucapan itu disampaikan secara bersemuka oleh Mohamad Sabu atas tindakan beraninya menarik sokongan terhadap bekas ketua menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.


“Beliau (Mohamad Sabu) datang untuk ucapkan tahniah susulan tindakan saya yang disifatkannya berani. 

“Memanglah kena ada orang-orang yang berani buat macam ni, jika tidak kemungkaran akan berterusan,” katanya. 

Terdahulu, sekeping gambar berkaitan pertemuan itu turut tular dalam laman sosial dan menimbulkan pelbagai spekulasi serta reaksi netizen. – Utusan



ARTIKEL BERKAITAN:



Join our Telegram Channel
Telegram