MELAKA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron mengesahkan pernah bertemu Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Ia susulan sekeping gambar yang tular di media sosial menunjukkan beliau bersama tiga lagi bekas ADUN yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Isnin lalu, bertemu Ketua Pembangkang itu.
Mereka adalah Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu).
Turut hadir pada pertemuan dipercayai diadakan di sebuah hotel di Kota Laksamana, di sini, dua hari lalu itu ialah Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari.
"Itu adalah pertemuan biasa PH, memperkenalkan empat ADUN yang sudah merubah kerajaan. (Kami) minum malam, itu saja.
"Pertemuan itu tidak membincangkan hal mengenai tawaran menyertai PKR, tetapi lebih kepada sesi perkenalan dan berbicara hal ehwal politik semasa," katanya kepada BH, hari ini.
Mengulas lanjut, bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, pada perjumpaan berkenaan, Anwar menasihatkan semua empat ADUN terbabit kekal bersabar dan menyerahkan segala-galanya kepada pihak mahkamah.
Katanya, Anwar turut menyatakan perjuangan yang dilakukan itu lebih kepada usaha menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran, selain memperjuangkan keadilan sejagat.
"Saya memang pegang kepada prinsip itu, bahkan ketika dalam UMNO dulu pun saya berpegang kepada prinsip kesaksamaan sejagat. Prinsip itu sama, cuma mungkin kaedah metadologi itu lain sikit," katanya.
Semalam, Idris mendedahkan pernah dihubungi dua presiden parti dalam gabungan PH selepas beliau bersama tiga ADUN lain bertindak menarik sokongan terhadap Sulaiman.
ARTIKEL BERKAITAN:
- PANAS: Kerajaan Melaka bakal tumbang dalam masa terdekat – Sumber
- Guling KM Melaka bukan usaha PH – Sumber PKR
- Tiada lompatan, tiada masalah dengan KM, Idris Haron nafi terbabit jatuhkan kerajaan negeri
- Bukan spekulasi, SD 4 ADUN telah dibawa keluar dari Melaka
- Sah! Kerajaan Negeri Melaka tumbang
- PH, Idris Haron mohon menghadap YDP Melaka
- Keahlian Idris Haron, Nor Azman gugur serta-merta
- Istana Melaka belum terima surat
- Idris calon KM tunggal, lagi Adun dijangka menyeberang
- Melaka bakal PRN, mandat rakyat memilih kerajaan – Zahid
- Umno Melaka serah TYT, tapi TYT masih kuarantin
- Hubungan saya dengan mereka baik, siap lantik exco lagi – Sulaiman
- Calon tunggal KM Idris Haron tolak PRN Melaka
- PM: PRN Melaka mungkin berlaku tapi terpulang kepada TYT
- KM Melaka nasihat TYT bubar DUN, keputusan dalam masa terdekat
- SAH! TYT perkenan bubar DUN, Melaka bakal PRN
- Dulu sya barua, sekarang bermaruah – Norhizam
- PRN Melaka dalam tempoh 60 hari, kata SPR
- ADUN Telok Mas (Bersatu) akui buat silap sertai ‘Langkah Sheraton’
- PRN Melaka dijangka tiga penjuru libatkan BN, PN, PH
- BERSATU, PAS Melaka ajak UMNO berunding elak saingan 3 penjuru
- Najib kecewa 4 ADUN tumbangkan kerajaan Melaka di saat ekonomi negeri baru dibuka
- RASMI: Idris Haron, Nor Azman dipecat dari UMNO
- PH Melaka mahu PRN, tolak darurat
- 'Nangis saya bukan main-main', Nor Azman rayu beri PH peluang tadbir kerajaan Melaka
- TERKINI: 15 ADUN Melaka ke Istana Negara
- DAP tolak pelawaan UMNO, sengaja biar Kerajaan Melaka tumbang walaupun sedar kesan pandemik, dedah Ab Rauf
- Tumbangkan kerajaan Melaka, Bersatu pecat Noor Effandi
- TERKINI: Idris Haron, Nor Azman isytihar akan sertai komponen PH
- YB Beliau bohong, PH Melaka nafi mahu jumpa Agong, bukan semua Adun PH terima dia
- Idris tak lapor, SPRM terpaksa datang minta bukti
- Idris bukan team player, masih mahu jadi CM, kecewa tak dilantik – Ab Rauf
- Mohamad Ali cabar Idris Haron berentap PRN Melaka
- Idris akui jumpa Anwar, hanya minum malam sahaja
- Selepas Anwar, tertitis gambar Idris Haron bersaya Ayatollah Mat Sabu
Join our Telegram Channel