Idris sedia terima jawatan Ketua Menteri jika PH menang



Sekiranya ditawarkan Pakatan Harapan (PH) menjadi Ketua Menteri (KM) Melaka selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN), Datuk Seri Idris Haron berkata sedia menerimanya.

Bagaimanapun, Idris yang juga bekas KM itu berkata perlu memastikan PH menang terlebih dahulu dan baharu kemudiaan isu berhubung jawatan tersebut dibincangkan.


“Dalam kaedah pilihan raya ini, kita tak letak sesiapa pun (sama ada) saya ke, Adly Zahari ke (sebagai ketua menteri), sesiapa pun.

“Idris Haron tak penting. Yang penting adalah kita nak tawarkan yang lebih baik kepada rakyat negeri Melaka. Perlu 15 orang daripada kami (untuk membentuk majoriti). Kalau (kurang) seorang tak jadi.

“Saya tak kisah siapa pun (jadi ketua menteri), yang penting kita seberangi jambatan ini dan berjaya membentuk (kerajaan), barulah kita fikirkan siapa ketua menteri,” katanya dalam sidang media hari ini.


Beliau terdahulu menghantar borang penamaan calon di Kolej Komuniti Selandar bagi kerus Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan.

Dalam pad itu, Idris merupakan salah seorang daripada empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik balik sokongan terhadap kerajaan pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sehingga dipecat UMNO kemudiaannya.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudiaan mengumumkan Idris dan seorang lagi bekas ADUN UMNO, Datuk Nor Azman Hassan sebagai calon PH bagi PRN Melaka. – AgendaDaily





Join our Telegram Channel
Telegram