Boleh makan di restoran selepas 12 malam



KUALA LUMPUR: Pemilik premis atau restoran dibolehkan melaksanakan waktu operasi premis masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis. 

Ini bermakna, pelanggan boleh makan di kedai makan selepas jam 12 tengah malam, terutamanya dengan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi. 


“Bolehlah bersahur di luar,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Menurut Perdana Menteri, pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan dan hanya dikecualikan untuk kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan orang ramai. 

“Tambahan juga, MYSJTrace diwajibkan untuk tempat tertutup yang dipenuhi tetamu atau pengunjung,” katanya. – Utusan


ARTIKEL BERKAITAN:

Join our Telegram Channel
Telegram