Detik cemas Vellfire langgar lari warga emas



KLANG – Pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang tular disyaki terlibat dalam kemalangan melibatkan seorang lelaki warga emas di Pandamaran Jaya, pagi tadi telah ditahan polis. 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pemandu yang merupakan lelaki berusia 46 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4 petang untuk siasatan lanjut.


“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan 1987.

“Polis mengingatkan kepada semua pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan daripada kejadian tidak diingini berlaku,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kosmo! Online terdahulu melaporkan seorang lelaki warga emas cedera parah selepas motosikal dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah MPV di Pandamaran Jaya, di sini hari ini.


Kejadian kira-kira pukul 9.05 pagi mengakibatkan Mohd Shariff Semin, 63, patah pada dua bahagian tulang rusuk, kaki dan tangan kanan.

Detik-detik kemalangan tersebut tular menerusi video berdurasi satu minit di laman sosial Facebook. – Kosmo



Please subscribe

 
Pemandu ditahan bersama Vellfire yang terlibat dalam kemalangan tular dengan seorang penunggang motosikal warga emas di Pandamaran Jaya, Klang.



Join our Telegram Channel
Telegram