KLANG: Tindakan seorang penyelia melakukan gangguan seksual terhadap pekerjanya yang merupakan ibu tunggal kepada dua anak mengundang padah apabila direman selama 14 hari.
Suspek yang melakukan perbuatan itu terhadap wanita berusia 29 tahun dekat tempat kerjanya di gudang penyimpanan alat pendingin hawa ditahan polis semalam pada pukul 11 malam selepas melakukan tindakan tidak beradab itu pukul 9 pagi hari sama.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, berdasarkan siasatan mangsa berusia yang sedang menyusun barangan telah didatangi suspek berusia 35 tahun yang kemudian menepuk bahagian punggungnya.
Katanya, mangsa baharu tiga bulan bekerja di kilang tersebut manakala suspek telah empat tahun bekerja di lokasi sama.
“Bertindak maklumat, polis kemudiannya menahan suspek yang ketika itu sedang bekerja di kilang tersebut.
“Motif kejadian masih dalam siasatan polis,” katanya pada sidang akhbar hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Isteri kantoi bawa masuk lelaki lain depan mata suami
- Lelaki 53 tahun peluk, gesel kemaluan kanak-kanak ditahan
- 9 dari 10 remaja perempuan ketagih seks, tawar serendah RM50
- Bulu dada lebat tanda nafsu seks tinggi
- Rogol anak kandung, rodok kemaluan isteri dengan botol, objek keras
- Bomoh rogol bakal pengantin umur 23
- 4 abang rogol adik ditahan polis
- Direman 14 hari akibat tepuk punggung janda
Join our Telegram Channel