Kuala Lumpur tenggelam lagi! (10 gambar)



KUALA LUMPUR: Lebih 20 kawasan di ibu negara dilanda banjir kilat pada petang Isnin, menurut Info Trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi ciapan di laman twitter rasminya hari ini.

Setakat ini, enam kawasan yang dilanda banjir kilat enam itu termasuk terowong (di hadapan) Tabung Haji, terowong Chan Sow Lin, Jalan Pudu, Jalan Sri Permaisuri, Jalan Tun Razak dan Jalan Pahang.

Info terbaharu dari Polis Kuala Lumpur, menyenaraikan kawasan-kawasan yang terjejas dalam banjir kilat ini:

1. Dari arah Bulatan Kampung Pandan menghala ke Jalan Sultan Ismail. Buat masa ini, pengguna jalan raya masih boleh melalui dua jalan ini namun, pergerakan kenderaanm adalah perlahan;


2. Akibat air dipercayai bertakung di terowong Jalan Tun Razak, kenderaan yang melalui kawasan berkenaan dilaporkan bergerak perlahan;

3. Di bawah terowong Bulatan Cheras menghala ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Bandar Tun Razak di ibu negara, air dilaporkan bertakung di kedua-dua arah;

4. Jalan Chan Show Lin telah dinaiki air, jalan tidak boleh dilalui oleh kenderaan.

5. Terowong Jalan Maharajalela telah ditutup , kenderaan dilencongkan ke Jalan Hang Tuah;

6. Air masih naik di Jalan Kia Peng, Jalan Raja Chulan dan Jalan Raja Laut belakang bangunan Mara;

7. Jalan di Masjid Al-Syakirin di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) telah dinaiki air;

8. Jalan Dang Wangi;

9. Jalan Genting Klang di lencongkan ke bulatan Pahang;

10. Terowong bawah bulatan Pahang dinaiki air;

11. Bulatan Hishamuddin ditutup;

12. Jalan Kuching susur ke Bulatan Segambut;


13. Jalan Parlimen Ke Bulatan Dato’ Onn;

14. Jalan Syed Putra menghal Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kuen Chen;

15. Jalan Tun Razak;

16. Jalan Cheras Lama menghala ke Jalan Shamelin, Cheras;

17. Jalan di hadapan Balai Polis Salak Selatan;

18. Jalan di hadapan Ibis Hotel di Jalan Yap Kwan Seng;

19. Jalan Brunei;

20. Jalan Pinang dan Jalan Kia Peng;

21. Jalan susur dari Jalan Travers ke Jalan Damansara, kenderaan dilencongkan ke arah Bulatan Hishamuddinl

22. Jalan Pinang (bulatan U) ke Jalan Perak; dan

23. Jalan Bulan 1


Trafik Radio Astro turut melaporkan banjir kilat di beberapa kawasan di Lembah Klang sehubungan hujan lebat berterusan sejak tengah hari Isnin. Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mengambil langkah berhati-hati.

Pusat Kawalan SMART dalam satu perkongsian terbaharu di Twitter rasminya berkata Air Sungai Klang dan Sungai Ampang telah dilencongkan ke Kolam Takungan Berembang, Kampung Berembang di ibu negara.

Astro AWANI sedang mendapatkan perkembangan terkini daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berhubung situasi kejadian banjir kilat itu. – Awani


















Join our Telegram Channel
Telegram