Lelaki 60 tahun kahwini gadis 17 tahun



JAKARTA – Seorang datuk berusia 60 tahun mendapat perhatian di media sosial Indonesia kerana berkahwin dengan gadis berumur 17 tahun, lapor laman berita Suara.com.

Gambar pernikahan yang berlangsung di daerah Mamuju, Sulawesi Barat itu dimuat naik dalam akaun Facebook bernama @Masna Audina.

“Selamat berkahwin pakcikku,’’ demikian kapsyen pada suntingan berkenaan.


Menurut pemilik akaun, dia mengaku bapa saudaranya telah berkahwin dengan seorang gadis bernama Shinta pada 10 Mac lalu.

Dalam gambar yang dimuat naik, pasangan suami isteri itu memakai pakaian tradisional kaum Bugis atau dikenali sebagai baju Bodo berwarna merah jambu. Mas kahwin ternyata hanya sebanyak 7 juta rupiah (RM2,049.38). 

Menurut Masna, isteri bapa saudaranya telah meninggal dunia empat tahun lalu. Dia meminta orang ramai untuk tidak terlalu banyak membuat spekulasi.


Muat naik itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Jangan berputus asa bagi yang masih bujang, mungkin jodoh anda belum lahir,’’ tulis seorang netizen.

“Mungkin mas kahwin minyak masak, lalu segera diterima,’’ komen netizen lain. – Agensi

 

Join our Telegram Channel
Telegram