KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan sudah ada pemimpin UMNO yang mempunyai ‘cai’ dan regu dalam menghadapi pemilihan UMNO akan datang.
Menurut Presiden UMNO itu, sesiapa pun boleh bertanding, termasuklah jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan seterusnya.
“Kita sudah tetapkan mengikut persetujuan Pendaftar Pertubuhan bahawa pemilihan parti diadakan pada akhir tahun ini, atau secara tepatnya sebelum 29 Disember 2022.
“Siapa pun boleh bertanding, termasuklah jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan seterusnya, kita tidak takut.
“Bukan saya tidak tahu, sekarang pun sudah ada berpasang-pasangan, ada cai, harap-harapnya pasangan-pasangan itu kekal la. Tapi cukup, tunggu dahulu PRU,” katanya dalam ucapan dasar Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.
Menurut Ahmad Zahid, keputusan mengadakan pemilihan parti selepas pilihan raya umum merupakan ketetapan parti ekoran sebanyak 186 bahagian daripada 190 bahagian yang telah bermesyuarat dan bersetuju agar pemilihan parti diadakan selepas pilihan raya umum.
“Ini bukan keputusan saya. Ini keputusan saudara-saudari sewaktu Mesyuarat Perwakilan di bahagian masing-masing.
“Sudah menjadi kelaziman sebelum ini bahawa pemilihan parti diadakan selepas PRU. Bertahun-tahun ia diamalkan. Adakah wajar kita mengubah tradisi ini? Janganlah kita memakai kasut sebelum menyarung stokin!
“Ya, kita hormati saranan sebilangan kecil yang mahukan pemilihan diadakan sebelum PRU. Ini sekadar cadangan yang melambangkan wujudnya demokrasi dalam parti.
ARTIKEL BERKAITAN:
- #PAU2021: ‘Hendak tunggu apa lagi, bubar Parlimen!’ – Zahid
- #PAU2021: Bukan saya tidak tahu, ada ‘cai’ pemilihan UMNO, kata Zahid
- #PAU2021: Zahid dedah ada gerakan ‘bayar’ akar umbi buat pemilihan sebelum PRU
- #PAU2021: Majoriti suara akar umbi setuju PRU sebelum pemilihan
- #PAU2021: KJ: Sebagai Menteri Kesihatan, wajar tangguh dulu #PRU15, saya percaya PM akan dengar nasihat KKM
- #PAU2021: Umno dijangka lulus usul gesa PRU dipercepat hari ini – Sumber
Join our Telegram Channel