Rakyat Johor lebih setia kepada Umno berbanding islam



KUALA TERENGGANU – Rakyat Johor dilihat lebih setia kepada parti Umno daripada memilih calon Islam yang baik.

Ketua Muslimat PAS Johor, Cikgu Normala Samsudin berkata, mereka hanya melihat kebendaan berbanding perkara lain yang perlu diutamakan.

“Walaupun majoriti penduduk di situ beragama Islam tetapi kesetiaan mereka kepada logo parti itu menyebabkan mereka tak boleh nak berubah lagi.


“Saya juga melihat ada beberapa faktor antaranya adalah Perikatan Nasional (PN) agak baru di kawasan Sekijang khususnya di negeri Johor,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui mengulas prestasi PAS bersama Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac lalu.

Cikgu Mala yang juga calon DUN Kemelah bersama rombongan meraikan para petugas pembantu dari negeri Terengganu di sebuah restoran di sini semalam.

Turut hadir sama ialah Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu, YB Ariffin Deraman dan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri, Ustaz Soud Said.

Sementara itu kata beliau, capaian internet yang lemah menyebabkan kengkangan untuk para pengundi mendapat akses maklumat dalam PRN itu.


“Kita telah membuat satu tindakan iaitu mengajukan aduan dan permohonan kepada pihak yang berkaitan serta kepada pihak berotoriti untuk kita mendapat kemudahan akses yang baik.

“Bukan sahaja pencapaian maklumat tapi dari segi pencapaian pelajar untuk aspek pendidikan terutama orang asli di situ. Dalam DUN Kemelah ada orang asli dan juga orang kampung-kampung,” ujar beliau.

Justeru itu, beliau mengganggap keputusan yang berlaku adalah kemenangan tertunda dan akan merangka gerak kerja lebih proaktif pada masa akan datang.

“Mudah-mudahan dengan cara ini dapat menarik hati mereka untuk bersama dengan PN,” tegas Cikgu Mala.


Beliau turut mengucapkan terimakasih semua Ahli Parlimen dan wakil rakyat megeri Terengganu yang membantu ketika PRN Johor.

“Alhamdulillah saya melihat pemerintahan kerajaan negeri Terengganu sangat baik dan pembangunan sangat kondusif serta kita ucap tahniah kepaada kerajaan Terengganu.

“Hasil daripada lawatan kami ini lawatan mahabbah ini kami dapat banyak pengalaman dan perkongsian ilmu yang boleh kami bawa balik ke Johor.

“Antaranya soal pentadbiran kebajikan dilakukan kepada rakyat. Semua ini dapat memberikan satu suntikan semangat kepada kami untuk terus merangka gerak kerja bagi menghadapi momentum khususnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15,” tambah beliau. – beritapas.org.my

 

Join our Telegram Channel
Telegram