4 sekeluarga parah ditetak ketika berbuka puasa

Suspek dicari bagi membantu siasatan berhubung kejadian tetak di Kampung Sedili Kecil, Kuala Sedili, Kota Tinggi, kelmarin.


KOTA TINGGI – Empat sekeluarga parah ditetak ketika sedang menunggu untuk berbuka puasa dalam kejadian di Kampung Sedili Kecil, Kuala Sedili di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, seorang wanita berusia 34 tahun, ibu mentua, 50-an, dan dua adik ipar berusia 16 dan 31 tahun dilaporkan parah.


Difahamkan, kesemua mangsa mengalami kecederaan pada leher, kepala, tangan serta badan dipercayai  dilibas menggunakan parang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, Pusat Kawalan Daerah Kota Tinggi menerima panggilan daripada MERS 999 memaklumkan kes tersebut pada pukul 8.22 malam.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada pukul 7.11 malam apabila secara tiba-tiba, suspek telah mengamuk dan menetak empat orang mangsa yang berada dalam rumah menggunakan parang.


“Kesemua mangsa iaitu isteri, ibu mertua dan dua adik iparnya parah dan telah mendapat rawatan di Hospital Kota Tinggi dan kini dilaporkan stabil.

“Punca kejadian tidak diketahui dan masih dalam siasatan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek bernama Mohd. Adi Hashim, 38, beralamat di Felda Air Tawar 3 sedang diburu bagi membantu siasatan. – Kosmo


ARTIKEL BERKAITAN:




Join our Telegram Channel
Telegram