PANAS: Nama Hakim Nazlan muncul lagi dalam dokumen 1MDB, terlibat dalam cadangan penubuhan SRC



BOOM!!!!

Sebelum ini terdedah minit mesyuarat Maybank yang menunjukkan bahawa Nazlan terlibat dalam mesyuarat Maybank dan 1MDB ketika meluluskan pinjaman dari Maybank sebanyak lebih RM 6 billion untuk pembelian Tanjung Energy.

Sebagai Ketua Peguam syarikat, semestinya Nazlan berurusan dengan Jasmine Loo yang merupakan peguam 1MDB dan Tim Liessener yang merupakan CEO Goldman Sachs ketika itu. Goldman Sachs mengaut komisyen cukup lumayan hasil pembelian Tanjung ini.

TS Shafee telah mengatakan bahawa beliau rasa adalah mustahil juga Nazlan tidak mengenali Jho Low. Kesemua mereka ini adalah penyangak-penyangak 1MDB yang telah melarikan diri.


Namun, Mahkamah Persekutuan telah menolak kononnya adanya percanggahan kepentingan bagi Nazlan sekalipun dia terlibat di dalam urusniaga 1MDB ketika memegang jawatan di Maybank.

Kini muncul pula bukti dokumen minit mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB bertarikh 6 September 2010…

Rupa-rupanya Maybank Investment Bank Berhad lah yang telah mencadangkan supaya syarikat  SRC ditubuhkan! (LIHAT MINIT MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH DI BAWAH).

Ketika tempoh tersebut, Ketua Peguam Syarikat dan Setiausaha Syarikat Maybank ialah Muhammad Nazlan Mohd Ghazali (dari 2005 hingga 2015).

Nazlan ini adalah orang yang sama yang telah dilantik oleh Ketua Hakim Negara lantikan era PH untuk menghakimi perbicaraan kes SRC DSN!


Bukankah ini konflik percanggahan kepentingan yang nyata dan sepatutnya Nazlan tidak boleh menghakimi kes yang melibatkan dirinya?

Sedangkan hakim asal kes SRC iaitu Hakim Sofian telah ditukarkan hanya kerana abang kandungnya adalah merupakan orang UMNO?

Amat jelas kelihatan percanggahan kepentingan ini.

Dalam sebuah negara yang mana sistem kehakimannya adil dan tidak cacat dengan pengaruh politik, perbicaraan kes SRC DSN ini akan dikategorikan sebagai ‘mistrial’ (salah bicara), keputusan kes sebelum ini dikesampingkan dan perbicaraan baru perlu dimulakan serta merta demi keadilan kepada tertuduh yang jelas kelihatan telah dinafikan.

Tetapi di negara tertentu (yang kita semua faham)…kita boleh tahu apa keputusan hakimnya yang jelas bangang.

Kesian betul DSN ni…






ARTIKEL BERKAITAN:
 

Join our Telegram Channel
Telegram