PANAS: Tular isu Nazlan sedang disiasat kerana terima RM 1 juta dari Jho Low



Nampaknya kontroversi yang menyelubungi hakim dalam kes SRC International, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, bukan hanya mengenai konflik kepentingannya yang tidak diisytiharkan seperti sebelum ini.

Kini terdapat pula siasatan berhubung wang sebanyak RM1,036,127.40 yang tidak dapat diperjelaskan yang secara curiganya muncul dalam akaun Maybank Nazlan bernombor 564016720433.

Wang ini masuk semasa Nazlan menjadi Ketua Peguam syarikat dan Setiausaha syarikat Maybank. Dan disyaki ia terkait dengan keputusan yang dibuat oleh Maybank untuk mewujudkan SRC International.


Minit mesyuarat 1MDB mendedahkan bahawa cadangan untuk membentuk SRC datang daripada Maybank dan bukan daripada Najib, seperti yang dinyatakan oleh hakim Nazlan dalam penghakiman bertulisnya tentang mengapa beliau mendapati Najib bersalah.

Dalam penghakimannya, Nazlan berkata Najib mencipta SRC sebagai wadah untuk mencuri wang 1MDB.

Kini terbongkar bahawa cadangan penubuhan SRC datang dari Maybank dan bukannya dari Najib. Dan ini direkodkan dalam minit mesyuarat 1MDB.

Oleh itu penghakiman Nazlan adalah cacat. Dan fakta bahawa Nazlan menggunakan alasan ini sebagai salah satu sebab untuk mendapati Najib bersalah menimbulkan dakwaan berlakunya perbicaraan yang cacat, bukan sahaja dicemari oleh konflik kepentingan diri Nazlan tetapi juga oleh alasan mengapa dia mendapati Najib bersalah.

Dikhabarkan wang tunai sebanyak RM1,036,127.40 yang Nazlan masukkan ke dalam akaun Maybanknya adalah sebahagian daripada RM2 juta yang diterima daripada Jho Low untuk "perkhidmatan yang diberikan".


Apakah “perkhidmatan” ini dan memandangkan Jho Low dikaitkan dengan 1MDB adakah ini tidak menimbulkan konflik kepentingan yang serius di pihak Nazlan?

Sela masa wang bagi “perkhidmatan yang diberikan" ini dibayar menjadikannya agak mustahil untuk menafikan sebarang konflik kepentingan.

Tarikh itu bersamaan dengan tarikh pinjaman RM6.17 bilion 1MDB dari Maybank dan tarikh keputusan yang dibuat 1MDB mengenai pengambilalihan Tanjung Energy Holdings Sdn Bhd.

Nampaknya seperti Hakim Nazlan juga terlibat dalam rompakan wang 1MDB yang melibatkan Jho Low, Jasmine Loo, Terence Geh dan Tim Leissner.

Turut terlibat dalam urusniaga ini ialah Jho Low, Jasmine Loo, Terence Geh dan Tim Leissner, yang mana kesemua mereka ini adalah orang-orang yang terlibat dalam rompakan wang 1MDB. Dan Nazlan juga kelihatan sebagai sebahagian pasukan pencuri ini.


Nazlan bukan sahaja sepatutnya hilang kelayakan mendengar kes SRC, malah perbicaraan itu harus diisytiharkan sebagai salah bicara (mistrial) dan Nazlan harus ditangkap dan didakwa atas kesalahan rasuah.

Mengapa Nazlan tidak dipanggil oleh SPRM untuk menjelaskan wang RM2 juta yang diterimanya daripada Jho Low?

Nampaknya Nazlan melakukan konflik kepentingan bukan sahaja dalam perbicaraan kes SRC Najib tetapi juga dalam keputusannya untuk mewujudkan SRC, dan keputusan berhubung pinjaman RM6.17 bilion dan pemerolehan Tanjung Energy Holdings Sdn Bhd.

Tunggu apa lagi, SPRM?

Artikel Malaysia Today diterjemahkan oleh Nabeel Naqie


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram