Perlahankan Azan atau kami pasang audio puja dewa depan masjid – Raj Thackeray



PUNE – Presiden Maharashtra Navnirman Sena (MNS), Raj Thackeray memerintahkan semua pembesar suara masjid dibuang dari masjid sebelum 3 Mei 2022.

“Orang anggap pembesar suara di atas masjid itu adalah isu agama, tetapi tidak, ianya adalah isu sosial.

“Jika kamu mahu menggunakan pembesar suara lima kali sehari, kami akan kumandangkan ‘Hanuman Chalisa’ (puisi untuk dewa) lima kali sehari di hadapan masjid.


“Saya rayu kepada semua saudara Hindu untuk bersiap sedia.

“Kita akan tunggu sampai 3 Mei, bila Ramadan sudah berakhir. Tetapi jika mereka masih tidak berhenti, dan jika mereka fikir agama mereka lebih besar dari badan kehakiman, kita akan balas dendam.

MNS sedang bersedia untuk itu,” ujarnya menurut portal New Indian Express.

Kata ahli politik India itu lagi, beliau tidak mahu keamanan masyarakat terganggu disebabkan penggunaan pembesar suara masjid, “tetapi jika mereka masih terus menggunakannya, maka mereka (Muslim) juga perlu mendengar sembahyang kita menerusi pembesar suara.”


Menjawab kenyataan dari seorang pemimpin India bahawa tiada siapa dibenarkan menyentuh pembesar suara di atas masjid, Raj berkata, “Tangan kami tidak berikat”.

Oleh itu, beliau meminta saudara-saudara Hindunya untuk bersiap sedia jika pembesar suara masih tidak dibuang dari masjid-masjid sehingga 3 Mei 2022. – Samudera



Join our Telegram Channel
Telegram